Feb 25, 2009

MasyaAllah, lamanya tak blog!!! (^o^)


Huk alah.. macam berkubur je zero2sixteen nih. kesian-kesian. bak kata org, bagaikan rumah yang bersawang!!! MasyaAllah. Sebenarnya, bukan tiada kata untuk berbicara, tapi kebanyakannya aku simpan jek dlm hati (actually, dlm docs, tak publish pun hehe).

Bulan Februari orang kata antara bulan yang romantik. Kenape  org kata begitu? Sebab 14/2 adalah Valentines Day, Hari Berkasih Sayang. Yep, bagi orang yang merayakannya. Pada aku hari tersebut bermaksud, segalanya adalah double price!!! Termasuklah harga makanan kat restoren dan juga harga-harga bunga. Huhuhu. Kawan aku pesan, jangan keluar dinner pada malam tu, sah traffik sesak bukan setakat di jalan raye sahaja, malahan dishopping kompleks pun begitulah juaaa.. ahaks ( aku tak penah celebrate pun, so wateverrrrr: )

Pada aku walaupun aku tak sambut Vday, bulan februari tetap bulan feveret aku. Kenape? Sebab pada bulan Februari usia aku akan meningkat satu tahun!! Yiiihaaaaaaaaaaaaa \(^-^)/. Yep, aku dilahirkan pada bulan Februari. Aquarius Girl I am. ;)

Apa yang aku buat pada hari tersebut? Hehe, aku ambil cuti selama seminggu! (actually kena habiskan cuti yg melambak tak terhabis). Aku tahu ramai kawan yang cemburu dengan aku. Ahaks. Tapi tak perlu la cemburu, tiada apa-apa aktiviti pun yang aku buat, cuma berjalan, shopping dan menonton sahaja.

- Berjalan :
ronda-ronda dari cineleisure - curve - ikano power centre - ikea sampai kakiku tak larat melangkah. sesambil tu window shopping :p
ronda-ronda one utama
ronda-ronda kotaraya - best place to rent VCD/DVD:p

- Shopping : novel, kasut, baju, seluar, sandal, psp, canon lense, sofa, almari, katil, tilam and so on.. Ok aku tipu jek tuh.. hahahahhaha :))


- Menonton : konon nk buat movie marathon, tapi timing tak sesuai coz kena kejar solat and so on. apa yang aku buat, setiap hari aku kuar menonton wayang. ahaks.

Yang pertama aku tengok, The curious case of benjamin button. Dah tgk sebenarnya dalam pc. tapi still nk tgk lg. 3 Jam tuh!!! The best part is, tak ramai orang! Syiooookkkkkkk!!! Duduk seat tengah belah kiri dan kanan takde orang. So that row is mine!! Totally MINE!!! :p

Yang kedua, Slumdog Millionaire. Oh yang ni tak plan pun. Lepas beli sandal aku tak tau nk buat apa, so terus ke pawagam tengok movie apa yang menarik. Tak sangka plak Slumdog Milionaire sudah tayang di Malaysia. Yiiihaaaaaaaaaaaaa \(^-^)/. Aku terlepas 10minit yang pertama, tapi tidak mengapa aku cukup terhibur dengan movie nih. Seriusly! Patut la menang byk award. Cinematoghraphy dia mmg first class. Aku cukup suka gaya dia capture setiap sudut penggambaran. Penceritaan dia bagaimana pula? Hehe, silalah tgk sendiri yer. :p

Yang ketiga, PGL the musical. Ye, aku tgk teater. Untuk yang pertama kalinya. Sebenarnya aku peminat PGL the movie. Dari tahun ke tahun, aku teringin sgt nak tgk the musical. Alhamdulillah, atas desakan adik aku, berjaya gak tahun nih. hehe:p Apa yang aku rasa semasa tgk teater nih, masyaAllah, memang SUPER!!! Berbaloi dengan tiket yg mahal. (alang2 biar dpt seat best skit) hihihi. Music score dia best, lighting dia best, prop dia best, actor, actress and dancers best, semua best la. Pak Lah siap bangun tepuk tangan tuh. hahahaha. Oh ye, aku telah jatuh cinta dengar suara Hang Tuah barbarian itu (he is huge!!! and handsome, ahaks:p), ewwwwwww suara dia bleh mencairkan mana-mana hati yang keras mcm batu lelebih lagi bile dia menyanyi.

So there goes my feveret month of the year!! Yieppii \(^-^)/... Oh masih ada 3 hari lagi. Hehe. Bagi mereka yang menyambut kelahiran pada bulan Februari, Selamat Hari Jadi!!! V(^_^)V





No comments: