Jun 18, 2008

Trip ke Kota Kinabalu, Sabah - hari kedua

Ok, hari ini carol dah plan nk bawa kami ke Kundasang. Ke Kinabalu Park. Yippie... eh bukan panjat gunung ya.. aku tidak mampu untuk panjat gunung. hehe.

Ini lah dia Gunung Kinabalu. Maaflah, gambar kurang memuaskan. Sbb ambil masa dalam perjalanan ke sana dalam van.
Ok ini Kundasang. Apa ada pada Kundasang? Fresh vegetable!!
Eka n lijah begitu semangat menunjukkan cendawan kat aku.. aku tau sbb apa, saje bagi semangat kt aku utk meneruskan projek penanaman cendawan kot. ekekekke.
ok ini la sayur-sayur di Kundasang. Ala2 cameron highlands gitu.
Nampak kan bukit bukau tuh. Saujana mata memandang. Aku suke view dia.
So here we are at Kinabalu Park. Cuaca hari tu mmg best. Matahari agak menyinar hari tuh, tapi keadaan sejuk jek. Macam kt cameron. Oh ye.. minah saleh kt atas tu nama dia Rosaline, carol nye kenalan. Dia daripada UK. Student master tengah buat research on animal. So merata asia dia dh jalan. Sebelum ke Sabah dia singgah KL, suka betul dia kt KL. Katanya, dalam pembangunan yg agak pesat, ada gak kehijauan kt KL. Tu yg dia salute. Dan dia ni betul2 suka binatang and alam sekitar. Sesuai la ngan subject dia amik tuh. hehe. sebab dia kata frust pegi china, sbb tak nampak sekor binatang pun kt sana :)).
ok box kt atas nih aku amik (ops amik gambar jek.. bukan amik box tu yek :p ) masa lunch kt Liwagu Restaurent. mcm menarik plak. hehe.
Ok this is me.. berposing kt dlm restaurent liwagu. Seperi biasa.. bile makanan dh smpai.. sure tak sempat nye la snap gambar makanan. :)).
bungaa... bungaa.. bukan.. orkedlah :))
selepas lunch kami jenjalan balik ke pintu masuk park. jalan punya la jalan.. tetiba ada satu teksi berhenti, tanya ktorang nk kemana. rupa2nya route yg ktorang pergi tu menuju ke gunung kinabalu.. ah sudah.. hampir2 gk tuh panjat gunung!.. :)).. sepanjang jalan ktorang gelak. carol mention, camne la leh survive kt jepun nih, KK lak leh sesat :)). jauh gk ktorang berjalan tuh.. tp sebabkan cuaca redup n sejuk tak terasa penat pun.
this is me!! :p
ada cerita di sebalik gambar diatas. ceritanya begini.... hehe.. setelah sesat, kami pun berjalan menuju ke pintu masuk. aku spt biasa, busy menangkap segala gambar yg menarik. so jauh gk la ketinggalan. tetiba aku nmpak masing2 berhenti smbil melihat sesuatu diatas tanah. eka aku perasan sudah jauh menuju ke depan. dan selajutnya carol n ella. tinggal la ros sedang menguis sesuatu diatas tanah. rupa2nya ada seekor ular kt situ. ular tuh dah mati ler. kalo hidup lagi sah2 masing dh menjerit ketakutan. hehe. ros cuba nk tgkap gambar ular tuh. tapi dia nak terbalikkan agar nmpak permukaan atas ular. kesian lak aku tgk minah salleh ni dok terkial2. hehe so aku tlg la terbalikkan. aku tak plak ambik gambo ular tuh.. hehe.. sori.. tak berminat :P... setelah berjaya ambil gambar tuh.. so ktorang pun pergi la join the group smula. Ros beria nk tunjukkan gambar tu pada carol.. masa tuh Carol sedang beria pikir, kenapa la lama sangat ktorang tak sampai2. dia pikir, maybe ros ambil ular tu dan nk bawa pergi klinik ker apa.. Masa ros nk tunjuk gambar tuh, Carol and Eka masing2 dh menjerit2.. sbb diorang assume Ros bawa ular tu sekali :)). Aku dan dia dah tergelak besar dh masa tuh. Tu yg sempat aku snap gambar kt atas.
Setelah puas menghirup udara segar di kinabalu park, kami pun pulang ke KK. 90km beb. dengan keadaan bergunung ganang, terasa jauh gilerr.. tapi aku puas... insyallah panjang umur dan murah rezeki aku akan kembali lagi ke sana. Aku suka Kundasang!
OK, setelah sampai dihotel dan rehat2, aku and lijah decide nk jenjalan kt pasar filipina. Masa tu matahari dah terbenam, so ini lah hasil tangkapan gambar masa tuh :P
Sayap Ayam... hehe.. diorang panggil sayap ayam.. bukan kepak ayam tau. aku tak beli pun.. just suka mood gambar nih. :D.
haa ini lah seafood bakar dia. nmpak mcm kecik je kan.. tapi besau giler tuh. panjang sotong yg paling besar tu lebih kurang 20cm tau.. harga sekor.. rm30!! huhu.. aku tak sanggup nk makan, sebab besar sgt. hehe. seafood nih diorang just bakar. pastu mkn dgn nasi dan cecah ngan air asam or sambal belacan. ktorang just tapau ikan terubuk bakar dan sotong yg comei2 jek. huhu mmg puas mkn la. sbb fresh giler. dan pada sape2 yg tak tahan pedas, sila jgn mkn sambal tuh. cili sabah mmg pedas gile!!!..
oh ye.. sebagai peringatan. pada sape yg agak mementingkan kebersihan, anda pasti tak lalu utk mkn seafood nih. dan lagi, kwn sy pernah bgtau, kwn dia penah la mkn kt sini, lepas tu masing2 kena diarrhea! so terpaksa pegi klinik kt sabah, dan doktor tu pesan jgn la sesekali mkn kt situ. dinasihatkan sila la mkn kat restoren, lebih terjamin. huhu. nasib la ktorang tak menerima nasib yg cemtu, alhamdulillah. Agaknya perut ktorang ni kebal kot. :)).

No comments: