Jun 23, 2008

Trip ke Kota Kinabalu, Sabah - hari ketiga

Last day di KK, tidak pergi ke mana-mana pun. Hanya berjalan di sekitar bandar KK. Hari ni baru kami shopping!. Bunyi dia seakan orang kaya je, hehe. Kalau pergi KK memang tidak sah kalau tidak pergi ke Pasar Filipina. Apa yang ada di Pasar Filipina...

ikan masin! udang kering! ikan bilis dan segala jenis ikan-ikan masin! lijah begitu ceria memborong 10 kg ikan masin. hehehe. borong khas untuk ibu tercinta. terbayang muka makcik syarifah edora tersenyum panjang. ahaks.

selain dari ikan masin ada, bersebelahan dengan pasar ikan masin terdapat pasar kraftangan. kat situ segala souvernir bleh la dibeli. dari key chain, t'shirt, gelang, rantai dan jugak MUTIARA. pada sesape yang ingin beli mutiara, KK adalah tempatnya. Murah giler! jika bijak menawar memang sgt murah. aku tak beli barang-barang tu di pasar filipina. ada satu kedai khas barang kemas terdapat di KK. nama kedai, Jamilah Jewellery. kat situ kita boleh buat barang kemas mengikut citarasa tersendiri.

salah seorang staff sedang membuat gelang tangan mengikut kehendak lijah. kagum tgk kelincahan tangan diorang buat kerja tuh.
antara manik-manik yang digunakan.
ini design yang aku tempah. sorry tak guna mutiara da. crystal ni harga dia lagi mahal dari mutiara tau. saje jek nk mention k sini :p oh ya, mutiara original dan betul-betul berkualiti mahal gila harga dia. tak mampu ler. mutiara yang terdapat di kedai jamilah ni, walaupun murah tapi masih original dan tahan lama. kalau tidak silap, itu mutiara ternak. mutiara yang betul-betul mahal mutiara laut dalam. harga boleh cecah ribu riban gak tuh. $-)
yang atas ala2 ayu, yang ni ala2 poyo.. sesuai dipakai ngan jeans :p. aku suka kaler hijau dia. juz nice!
punya la sakan shopping di kedai Jamilah tu, terlupa masa berlalu dengan pantas sekali. pukul 12 kami pulang ke hotel untuk check-out. Carol telah menunggu kami untuk lunch berdekatan dengan airport BKI. restoren choice! superb nasi beriani. paling sedap pernah aku makan setakat ini. :D.
eka nya penerbangan mengikut jadual. tapi ktorang kena delay sampai pukul 1025PM! peh.. mati akal tak tahu nk buat apa lagi di town KK. nasib ada kawan ella, dialah jadi peneman ktorang hingga ke malam. gambar diatas diambil di restorent Mouth, terminal 1 BKI. sebenarnya, bersebelahan lautan itu la landasan kapal terbang di BKI. lawa kan? gambar diambil di dalam restoren mouth.
masa tu baru pukul 3petang. disebabkan tidak tahu mahu kemana, dan tak mahu menyusahkan kawan ella. ktorang juz jenjalan di town KK. shopping lagik! :p hehehhee. bukan shopping pun, window shopping jek. ronda2 plaza warisan dan juga shopping kompleks bersebelahan. huhu aku tak ingat apa nama shopping kompleks tuh. ronda punya ronda, ktorang decide tgk movie hanya untuk mengabiskan masa. hehehe. cuba teka cerita apa ktorang tgk, Long Khon 2! :p hehehe.. movie tu je yang sesuai mengikut timing ktorang. tiket murah gile, rm6.50. tgv ker gsc ek.. aku pun dah lupa. hehehe. seperti sedia maklum long khon tu cerita seram, tentang ilmu hitam yang diamalkan oleh orang thailand. pada aku cerita tu tidak la seseram mana, yang menyeramkan... panggung wayang tu sendiri!.. hehehe. panggung wayang lama dengan kerusi dan design yang agak lama, aku rasa mmg seram betul la suasana dia. terasa aku pula yang berada dalam cerita seram. hehehhe.
tayangan tamat dalam pukul 7lebih. selepas itu ktorang menuju ke terminal 2 BKI. lepak-lepak dan makan-makan lagi untuk buang masa. pukul 9 check-in. pukul 10 naik kapal terbang. yehaaaaa.. penumpang aku rasa tak smpai 50 org kot. sikit gile. nak ambil satu row seat sorang pun boleh. hehe. so balik semula ke semenanjung. bye2 KK. wahh sedih2. rasa tak mau balik jek. wish to be there again someday. kena tunggu promotion flight nih. ehehehe.
rumusan: Sabah mmg best. aku rasa akan plan trip seminggu di sana. kena letak dlm wishlist nih. kali ni, mungkin panjat gunung kinabalu atau island hopping. i love nature!. ahaks.

No comments: