Jun 18, 2008

Trip ke Kota Kinabalu, Sabah - hari pertama

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke bumi Kota Kinabalu, Sabah. Terasa agak excited la jugak. Sejak bertahun-tahun aku cuma sekadar bermimpi akhirnya sampai juga aku kali ini. hehe. Since last year aku dah booking flight ke sana, alhamdulillah plan berjaya dilaksanakan. So ini kali pertama aku terbang menaiki Air Asia. Agak gabra la jugak sebab aku dengar macam-macam complain mengenai air asia, kena berebut seat la, makanan mahal la, and so on.

Biasa la tu, dah dinamakan manusia, pasti ada je la yg tidak memuaskan. Pada aku, dengan harga tambang yang agak berpatutan, everything is just nice. Terasa macam naik bas express pun ada jugak. hehe. Disebabkan penerbangan ke BKI yang paling awal, iaitu pukul 650 pagi, naik jek kapal terbang aku terus melelapkan mata untuk beberapa minit. Alhamdulillah, selepas seketika aku terjaga, berjaya menghayati keindahan awan2 di luar kapal.

Penerbangan mengambil masa 2 jam lebih. Dalam pukul 10 kami selamat tiba. Semasa melalui kaunter imigresen, kami telah diberikan passport sementara. Ermm pasport sementara ke ek? Tak pasti plak nama sebenornya. Cuma yang pasti passport tu berbentuk slip kertas yang menyatakan kemasukan kita ke negeri sabah. Slip tersebut perlu disimpan untuk dipulangkan semula semasa keluar daripada imigresen sabah nanti. Aku sebagai warganegara Malaysia pun perlu passport untuk masuk ke negeri Sabah? Dan limit aku boleh ada di sabah hanya 3 bulan? Hehe this is so new to me. Dan the best part is, the slip paper quality is just the same as slip resit KFC!! Kenapa aku samakan slip passport dengan slip resit KFC? Sebabnya, selepas checkout kami minum di KFC. Dan disebabkan perangai aku yang suke menyimpan resit, hampir2 aku terbuang slip pasport sabah tu kerana disangkakan sebagai resit KFC. Hehehe.. bahaye sungguh!
Ok, selanjutnya setelah eka selamat tiba, dengan bantuan Carol dia bawa kami ke hotel. Perjalanan dari BKI ke town KK, tak sampai 15 minit pun. Alahai, dekat betul nih. Lepas rehat2 baru kami keluar jalan-jalan area hotel.
View daripada bilik hotel. Kami dpt bilik paling atas sekali tingkat 12. Maaf la ye, cermin hotel tu rasa mcm dh berkurun tak cuci kot. Kalo tak sure gambar lagi superb. :D
Hotel kami betul2 berdepan dengan port dan pasar filipina. So kt sini la ktorang lepak2 sambil tunggu matahari terbenam.
Me n lijah in black and white. But the background in colour lor. hehe.. Photoshoping punya kerja ;).
Ok ini lah sunset nya.. subhanallah! amazing right?
Another shot also!! Love it so much.. Jadi wallpaper mydelima ler.. hehe
Malam tu kami dinner di Port View Seafood village. Wah.. seafood hidup2 kt situ.
Meja kami betul2 menghadap stage. Ada live show tarian kebudayaan suku sabah.
Atas ni salah satu daripadanya. Jangan tanya tarian dan suku apa, sebab aku pun tak tahu. Kami tanya Carol, dia pun tak berapa pasti. Ahaks. Sabokan aje la. We enjoy the food very much, sampaikan aku tak sempat snap apa2 gambo makanan. hehe. Ada satu menu baru aku dpt mlm tuh, sayur sabah masak belacan. Aku google rupanya sayur tu macam pucuk kepada pokok kentang/keledek? Dan pertanyaan yg sama aku tanya pada carol, dia pun tak pasti jugak. hehehe. Anyway, dinner mmg superb!.. tak tahu berapa harga, sbb ada org tlg bayarkan ;). ahakss...

2 comments:

Unknown said...

salam cik oii

nak komen pasal passport sementara atau pun rasminya di panggil borang imm114. warga semenanjung kena ada passport sebenarnya tapi guna ic pon ble lah janji ada borang imm114 tu. dulu2 kena isi sendiri tu cik jadi kira sempoi ler skg cik x pyh susa2 mcm dulu hehehe walaupun paper yg di guna tu mmg sama ler ngan resit kfc tapi lambang harimau tu mahal tuu. biarpon sama rakyat malaysia tapi undang2 tu suda termaktub dalam perlembagaan Sabah dan Sarawak. rajin2 ler baca sejarah. bukan melayu jer ada hak sendiri yea.

sayur yg cik makan tu saya agak ialah pucuk sayur manis tumis belacan ler. tu jer babaizz

zero2sixteen said...

alkisah.. nama form tu imm114. maaf la, sy ni bab2 sejarah mmg fail. serius x tipu:D. thanks sbb highlight ye en azahar.