Apr 9, 2008

Japan Trip day 2 - 29/03/2008

Japan Trip day 2 - 29/03/2008

Hari kedua di jepun. pagi2 lagi ktorang dh bangun.. pukul 0530 matahari dh naik beb. pagi2 breakfast nestum cereal and nescafe jek. pukul 0630 ktorang bergerak ke subway. takde le jauh sebnonyer. 5 to 10 minits walk. hehe. so beli tiket kt mesin, then naik subway ke stesen shin-osaka. sampai jek terus pergi kaunter jr utk reserve seat shinkasen. ktorang dpt tiket utk pukul 0750 naik shinkasen kodama. uitss.. kena cepat nih. ada yg terlepas plak. sampai2 jek.. huwaa.. train tak berjaya dikesan. miss beb!!.. huhu. so skali lagi ktorang pegi kaunter JR.. reserve lagi la beb. ekekekekke. nasib baik la ada pass JR nih. ko nk reserve sepuluh kali pun boleh. hahahahhaa.. so dpt shinkasen hikari pukul 0813. haa kali sure tak miss nye lah. ekekekkeke.

perjalanan dari shin-osaka ke stesen kyoto 15 minit jek. alahaiii.. cepat tui.. trip kali ni ktorang guna agent Sunrise Tours JTB.. ktorang amik pakej KYOTO MORNING FROM OSAKA. ktorang amik morning jek sbb tengahari tuh dah ada lunch date. ahakss.. dengan sape.. tungguuuuu.. hehehe.. so daripada voucer package tuh ktorang diminta berkumpul di New Miyako Hotel. terletak berhampiran ngan kyoto station. dlm 5 minits walk jek dr station kyoto. sampai jek diorang terus pangge nama eka. wahh.. glamer sungguh eka. ekekekke. mana tidaknya eka yg last daftar. ekekekkeke. aku suka minah jepun tuh.. communication skill baik punya. siap ucap "terima kasih" tuh kt ktorang. ahaks.

ok ini bas yg ktorang naik sepanjang tour tuh.
perhentian pertama: Nijo Castle. ni gambo kt pintu gerbang dia.
ini lah map keseluruhan castle. looks small kan? tapi huge beb! satu hari tak cukup nih. ktorang cuma ada masa dlm 30minit jek. huhu.
ini Ninomaru palace. pasni dpt masuk dlm palace tuh.. camera not allowed. huhu. sedih2. kalo tak leh byk nk tunjuk kt sini. castle ni salah satu khazanah negara jepun. awal dibina pada tahun 1601. milik tentera kerajaan jepun (Tokugawa Shogun) zaman dulu la.. actually sesetengah senibina tuh ada yg dibina semula sebab pernah terbakar. masa masuk dlm istana nih.. yg paling menarik adalah lantai yg dipijak. dia berbunyi beb. mcm bunyi burung. lantai tu dipangge nightingale floor. kenapa dia design cemtu, utk mudah kesan penceroboh kot. so dari satu bilik ke satu bilik la dia tunjuk.
ok ni kt luar istana. ninomaru garden. tetiba hujan gerimis masa tuh. sejuk mak aih.
updated: ya2 thats me!!.. freezing :P
updated: me again with ella.
ninomaru garden. nice can? :D
uits.. sakura2! ahaks..
yg nih aprikot blossom.
kita close up skit.
updated: group picture infront aprikot blossom. :D
ok next perhentian sepatutnya imperial palace. tapi sebab hari tu hari sabtu. tutup la beb. so ktorang gi temple. sesungguhnya aku tak ingat apa nama temple nih. huhu.. arap maaf ya.
kt situ ada mata air utk cuci n minum. aku tak buat ler. hehe. tlg tgk jek. ahaks.
ni depan temple tuh kot.
ada tourist yg sempat sembahyang.
anyway.. yg penting ada sakura. ahakss..
kita close up lagik. :D.. wiiieeeeee.. pink colour... :D
dan close up lagi.. wiieeeee... white colour plak.. ahaks..
sky shoot!.. i like!! :p
opsss.. ada plak org tgkap aksi aku.. hahaha.. bahye2.. gambar yg ada muke aku sume dlm kamera tuh. bile dh dpt nnt.. akan aku upload lagi.. khas tunjuk muke aku plaks.. ahaks..
updated: yaa thats me! :D
okeh group picture sebelum pergi ke perhentian seterusnya.
oraitsss.. next.. kita g Golden Pavillion.. lawa oooo.. dia nya emas shining tuh. aku tak pasti samada dia guna emas betul ke tak. tapi mmg kagum la tgk kaler dia tuh.
nmpak mcm tak ramai org jek kan.. tapi2... ramai org tuh. huhu.
updated: ada gak gambo aku.. ahaks..
ok ni aku close up senibina temple nih. mcm emas je kan? kan kan?
yg ni kt bumbung temple tuh. aku rasa kalo kt malaysia.. tak smpai sehari sure lesap dh kot. ekekkekekke.
eh eh.. hati2 makcik.. cari apa tuh?
oo bersihkan taman rupenya. ingatkan cari emas cicir ker. ekekekkeke.. terkejut makcik tu sbb sume org hala kamera kt dia. glamer tui aku arini.. ahakss..
org sume menuju ke pokok pain nih. apa yg special sgt ek..
kita close up skit.. pokok nih berusia beratus tahun tau. bamboo2 tu digunakan utk sokong pokok nih. tu yg statik mcm bentuk atas tuh. huhu.
snap gambar sky plak. ahaks..
amboi2 bergaya tui adik nih. ahakss...
eh eh.. ada ceremony minum japanase tea ke??..
wuupppsss... ahakss.. berjaya snap. ala2 paparazi la plak. lawa kan baju kimono yg dia pakai tuh. eh tui ke tu kimono.. takkan yukata lak kan. ekekekkeke..
ok nih otw keluar dr Golden Pavillion. Actually keadaan agak sesak kt situ. parking utk bas hampir2 penuh. huhu. bukan setakat tourist. orang2 jepun sendiri turut memenuhi tempat tuh.
updated: group picture dalam bas.
next.. ktorang g ke handicraft centre. kt situ byk la jual brg2 kraftangan jepun. macam2 ada. dari pakaian hinggakan pedang samurai pun ada tau. tapi2.. brg2 dia agak mahal skit. so aku takde le beli apa2 pun. ok itu je la tour utk hari tuh. sekian terima kasih. ahakss..
eh ada lak lagi. nih kyoto tower. ktorang turun kt situ sbb ada lunch date ngan kwn eka. sambil2 tunggu ktorang lepak kt mc donalds. minum teh panas jek. sbb tak tahan sejuk. pasni ktorang g ke restoran suami kwn eka. kwn eka ni staff malaysia airlines kt jepun. suami dia ada bisnes restoren india. Gautama, The Indian Restaurent. mmg makanan india, tapi halal beb. dia awal2 lagi dh confirm. hehe. gambar kt restoren takde pada aku. ada pada eka. sbb aku sibuk mkn, tak sempat nk tangkap gambar. ekekekkeke.
updated: baru dpt gambar nih. mana aku ek??
updated: alahaii kt hujung tu haaa.. ok la.. at least ada gk dlm gambar.. ahaks.. ok which one is kyoko? of coz la the one who have japanese look.. the girl sitting infront her is her daughter.. so cute can? mix japanese and india.. her name is priyanka..
setelah mkn puas2 n borak panjang lebar. dlm kui 3 lebih ktorang berangkat la balik ke osaka. kali ni ktorang naik subway jek. so amik masa la skit dalam setengah jam. sbb byk stop. ktorang berhenti kt stesen Umeda. aku rasa stesen besor kot, sbb ramai gile manusia. huhu. sbb masing2 blur dan takut sesat dan keadaan yg agak sesak. aku and eka tinggalkan ahli2 lain tunggu kt satu tempat dan ktorang g ker information centre. ktorang nk tanya arah ke hotel granvia. sebab kt situ boleh beli tiket utk ke univesal studio. staff kt situ mmg sgt2 membantu. english pun ok. seblum ktorang keluar dia sempat tanya kami dari negara mana. we're from malaysia!. ahakss..
sampai jek kt hotel granvia. manusia agak sesak kt situ. aku rasa hotel ni high class gk la. maybe 5 or 6 star kot. ktorang terus tanya kaunter lobi kt situ tanyakan pasal pembelian tiket universal studio. yess.. bleh beli kt situ. hehe.. esok tak yah la beratur lagi nk beli tiket.. yehaaaa. :D.
setelah selesai, ktorang balik ke tempat menunggu ahli2 ktorang tadik. hampir2 depa risau sbb agak lama skit. nk bw diorang tadik skali tp rasa kesian lak bawa ke hulu hilir. next.. balik hotel laaa.. rehat2 n tido la beb. zzzzzzzzzzzzzzzz....... esok nk g universal studio.. yehaaa....

No comments: