Apr 8, 2008

Japan Trip day 1 - (28/03/2008) - part 2

selepas 3 jam perjalanan. kui 1330 smpai kt stesyen shin-osaka. huhu.. ponat aih.. ktorang terus g amik jumbo teksi. ala2 van gitu.. sesuai la utk 6 org ngan luggage skali.

gambo ni diambil masa dlm jumbo teksi. entah mana2 lak driver tu bawa. pusing2 dibuatnyer. at last smpai gk. nama hotel ktorang menginap ni hotel city route osaka. hotel murah jek. 3 bintang. tp just nice la. aku rasa mcm kt pinggir bandar gk kot. berdekatan ngan utsoba park.
ok ni la bilik aku. katil single. sesuai la tido sorang2. actually ktorang dh book utk bilik bertiga. tapi sbb misscommunication, tercancel plak. tu dpt bilik comei nih. anyway ok la, at least ada gk tmpt aku nk tido. hehe.
dan ni meja n tv.. comei giler.. aku rasa dok berdua sah2 sempit gile. sure berlanggar pungkoq nye le. hehe.
dan ini la bathroom dia. hahahahaha. sorang2 jek leh masuk nih. ekekekke. kira ok la. daripada takdek toilet langsung. tak sanggup aku nk mandi kt bathroom awam. kena togel bulat2 lak nnt. hahahah. tak sanggup makcik dibuatnyer. hahahhaha.
ok lepas kemas2, solat and rehat2, ktorang pun kuar la jenjalan. jenjalan area hotel tu jek. dan cari subway terdekat. tgh jalan2.. "eh eh.. sakura ke tuh"
"laa sakura laa... wah.. bestnyerrr... " so apa lagi.. sakan la amik gambar. org jepun pun ada gk brenti amik gambar. hehe. keadaan cerah hari tu.. matahari penuh.. tp sejuk mak aih.
rasa mcm nk ambik satu pokok jek bw baik malaysia. haha.. bleh tak ek? hehe.
group picture... haha.. masing2 baju berlapis2 tuh. sejuk oooo... aku rasa dlm 15 darjah celcius kot or maybe bawah lagi. yg pasti sejuk la. ala2 kt jerman la plak. huhu.
park ni berdekatan ngan tennis court. takde org main ptg tuh. hari nk gelap. padahal baru pukul 5 lebih.
so lepas jenjalan area hotel. aku n eka g kuar jenjalan lagi. kaki dh tak larat sebnonyer. tp kena carik subway terdekat dan cek camne nk g ke stesyen osaka guna subway. sebab esoknya nk kena g kyoto. yep.. tour kyoto separuh hari.
so daripada hotel tu. just jalan teruuusssssss jek. so sampai la subway. subway ni tak leh guna jr pass.. so kena beli la gk tiket sendrik. ktorang cek caj sorang dlm 230yen. okeh cun. esok tahu dh jalan. so lets go balik hotel. sesungguhnya kaki tak larat aih menapak. hehe
ni simpang empat otw jalan ke subway dr hotel ktorang. line merah tu lampu kereta. traffik tak berapa sibuk. just nice. aku suka suasana camni. so seterusnya.. balik hotel.. mandi2.. nyam2 megi je lor.. hahaha.. sedap giler sebab kebulur. ahaks.. then atas katil cuba tgk rancangan tv jepun. huhu sume dlm bahse jepun. termasuklak movie titanic. leonardo dicaprio ckp jepun tuh. ekekkeekeke. aku suke tgk iklan jepun. comei2 jek. lelebih lagi kebanyakan iklan jepun sume guna pelakon2 jepun. haha seronotnyerrrr.. :D.. aku begitu menghargai iklan di jepun. ekekkekekke.

No comments: