Oct 23, 2007

Ouran High School Host Club

Ouran High School Host Club

weekend lepas baru je abih tgk anime nih.. hahaha lawak2.. cuma masalahnyer subtitle dia agak hampeh sedikit. so terpaksa la paham2 sendiri.

cerita dia berkisar pasal haruhi, sorang bdk perempuan yg diterima masuk ke sekolah elit yg mana hanya org2 kaye raye jek dpt masuk sekolah tu. dia diterima pun sbb dpt scholarship.. kalo tak mmg x mmpu la. nk beli uniform sekolah tu saje pun dia x mmpu.. hehehe.. sbb tu la dia terpaksa pakai bj lelaki.. ahakss.. jimat skit cost kot..

so dgn perwatakan rambut pendek.. speacky besar.. ala2 bdk nerd n ulat buku la rupe dia. and sudah semestinyer xde sape pun pandang dia.. hahahahha.. so mcm mana dia bleh terlibat dgn host club nih.. hahahahha.. kebetulan dia nk cari tmpt yg sunyi utk dia study.. dia termasuk ke dlm bilik kelab host nih. kesemua ahli kelab2 tu mmg kenal la haruhi ni.. sbb dia la the one n only student yg dpt scholar kot dan juga sbb dia nerd. hehehe.. entah mcm mana haruhi terpecahkan pasu kt kelab tu yg berharga 8juta yen.. mampus la dia nk mengganti.. dh la dia xde duit. huhuhhu.. sbg balasan.. dia terpaksa menjadi kuli dlm kelab tu lor.. hehehhe.. dan seterusnya bermula la kehidupan dia yg menarik dgn bdk2 kelab host tuh.. hehehhe..

watak-watak dlm anime nih :

haruhi - watak utama.. bermula sbg bdk skema.. tp setelah dibuka speak nerd dia tu.. takumi terus berkenan dgn muke cute giler dia.. dan terus diterima sebagai ahli kelab host. dan takumi betul2 obses dgn haruhi nih.. lawaks2..

takumi - ketua kelab host. dan juga anak kepada pengarah sekolah tu. sgt2 ensem n romantik orgnyer. student2 pompuan mmg cair la kalo dengar dia berkata-kata. sgt obses dgn haruhi smpai pantang tul dia kalo2 si kembar atau org2 lain baik giler ngan haruhi.. sure jeles giler.. watak dia la paling lawak dlm anime nih.

kyoya - pengurus bagi kelab nih. agak mata duitan.. hahaha.. suka gunakan keglameran ahli2 kelab dia utk kumpul duit. hahahaha.. agak macho n cool laa..

kouro dan hikaru - si kembar yg sebelum sertai kelab host, hidup diorang hanya diorang berdua jek. tapi setelah masuk ke kalab host, hidup diorang baru berubah jd lebih terbuka dan menerima org lain. sgt2 nakal dan suke buat takumi jeles dgn berkawan baik ngan haruhi... lebih2 lg diorang satu kelas ngan haruhi.. keakraban kembar ni mmbuatkan ramai peminat kelab host terharu.

hunny - fizikal dia yg agak kecik dan cute mcm budak kecik mmbuatkan org sume suke sgt kt dia.. suka mkn benda2 manis terutama sekali kek.. rupe saje kecik n cute, tapi dia la antara pakar karate yg digeruni. nape x percaye ker.. hahaha... jgn sesekali kejut dia waktu tido atau kotorkan patung rabit dia.. sure dia akan mengamuk gilerr nnt.. hahahhaha..

mori - berwatak macho.. pendiam.. antara character yg diminati oleh perempuan.. haaha.. merupakan pengikut hunny yg paaaaaaaaling setia. terer karate gk.

ada 26 episod dlm enime nih. setiap episod akan paparkan cerita dan identiti sebenar character2 yg lain. mmg seronok laa ditonton. x ruge seiii.. hahahhaha.. enjoyy!!..


1 comment:

achik said...

Lps baca sinopsis anime Ouran High School Host Club dr blog nie,terus try cari kt youtube..citer nie mmg best n lawak..karakter masing2 yang senpoi n gila2.. x rugi tgk..