Jun 15, 2009





30 mac 2009 part 2

assalammualaikum dan hello semua!!

ok ini update utk part kedua utk hari yg ketiga di Tokyo. Aku lupe nk mention masa cruising tu, ferry dah smpai kt satu perhentian, aku and eka ingatkan la dah kena turun. beria la beratur utk turun. tapi bila ktorang tunjuk tiket, sesungguh itu bukan destinasi hentian ktorang. hahahaha. so dgn muke tak heran ktorang naik la smula ferry itu. ekekekkeke. itu la antara kesan2 sbb tak tahu bahasa jepun. yep, mereka hanya inform dlm bahasa jepun. so blame me for not understand the language:P

selepas turun ke pengkalan, ktorang menapak sekejap menuju subway yg berdekatan. line subway yg ktorang naik kali ni mcm tak ramai org la plak. tu yg sempat snap gambo bawah nih. :D


setelah melalui laluan atas angin dan bawah tanah (hahaha mcm burung ngan cacing la plak kaedahnya:D), smpai la ke exit yg sepatutnya. kemanakah arah tujuan kami seterusnya? Sila lihat photo dibawah:P

yep... Tokyo Tower. Nampak mcm menara elektrik biasa je kan. Tp itu la tokyo tower. Tersergam tegap berdiri di tengah2 hutan batu tokyo.


Tengah tungggu trafik light hijau(pejalan kaki), tetiba muncul lak kenderaan kt atas ni dengan ktorang. aku rasa mcm trishaw, tp unik kan bentuk dia.


oyeah.. smpai sudah tokyo  tower. kt atas ni tgh beratur utk amik tiket. mat saleh kt atas tu antara manusia paling tinggi dlm crowd ini.:p tinggi betul tuh!! (mcm la tak pernah tgk manusia tinggi:p)

kt tokyo tower ni bukan stakat observe view tokyo saje, tp mcm2 kemudahan hiburan ada kt situ. ala2 plaza la gak. so ktorang amik pakej tiket yg mengandungi trick art gallery, wax museum, guiness word records museum ngan satu lagi tak ingat la plak nama dia, 3d studio kalo tak silap.


masa tunggu lift nak naik ke main observatory. besar tui lift tu, dia leh pack masuk lebih 20 org kalo tak silap. kt atas ni mini tokyo tower. haha anak sape la tu gaknya, jgn kena kejutan letrik udah:D



smpai jek kt atas tu, manusia mmg ramai gila. tmpt pertama ktorang cari adalah cafe! nk duduk ngan melepak, letih oooo kaki. nmpak mmg mcm senang je kan, tp nk menapak tu jenuh lerrr... so ktrang minum2 kopi dan lepak mkn biskut yg ktorang bawa. sesambil tu menikmati pemandangan dr tmpt duduk.


antara faveret candid photo yg aku capture.


so here it is. hutan batu tokyo!! ok nmpak belah kanan tu, itu la antara main road tokyo.


helloooooooo tokyo!! sayupp mata memandang hutan2 batu ini.


kalo korang ada google earth, try google map tokyo. activate kan 3d building. kalo line internet laju, u all akan nmpak bangunan kt area tokyo tu tetiba naik membangun. gila pack crowded ok. try jgn tak try :D


dari tokyo tower, ueno cuma 6.5km jek. haha dekat gila kan?? kalo ada krete lagi cepat kot smpai. kot la, itupun kalo tak sesat :p



huh agaknya nmpak ke hotel ktorang yg comei itu drpd view ini. hahaha mustahil la kot.:p



pada sesape yg berani meh la jenguk ke bawah dr main observatory tuh. hahaha


amacam? ada gerun tak? hahaha. cuba anda bayangkan...... oh ok jgn la ek, tak elok utk kesihatan:p

next ktorang masuk trick art gallery. ada mcm art kt situ yg agak tricky. kdg smpai tak faham lngsung betapa trickky nyer:p contoh spt dibawah!


serius, aku tak paham maksud sebenar ayat diatas. aku rasa la, dibenarkan tgkap gambar sama sekali. jgn tak tangkap ok. enjoy! hahahhahah :))


ngehhhhhh.. yours truly yg kerdil:P


huwaaa mkn eka:P


spatutnya aku wat2 muke serius kt situ kan.. baru profesional skit:p hahhaahha.

wax museum tidak dibenarkan tgkap gambar. tp aku ada la amik gak. malangnya gambo tak ok. so tu yg tak letak. apa yg ada dlm tu.. alaa korang pun sendiri tau kan.. tak yah la cerita:P

oh ye kt world guiness record pun mcm tu gak. ala mcm kt genting highland la lebih kurang. aku cuma jumpe satu jek record dr malaysia. our menara kl tu lebih tinggi dr tokyo tower. hehehe:D. oh yaaa ktorang ada amik satu gambo seblum masuk dlm guiness record gallery ni. siap print tu. aku lupe nk snap. nnt la ek aku update later:p gambo tgh pegang kasut gergasi! hahahhahha.

then ktorang masuk tgk kartun 3d, bersama2 dengan kanak-kanak riang jepun. tgk kartun jepun. kartun apa entah. ktorang tgk jek. kartun 3d, walaupun tak paham, aku amaze gak la ngan 3d tuh. hehe.

next shopping souvernir kt gedung plaza yg terdapat kt situ. tetiba terserempak satu family muka melayu. orang indonesia rupanya. dia bersama anak2 dia tgh jenjalan. aku  tak nmpak plak suami dia. kerja kot. dia kagum bila ktorang bgtau ktorang berdua jek dtg tokyo utk rewang2 jalan. alhamdulillah, stakat ini ktorang tiada sebarang kesulitan yg berlaku:D


so here we are kt bawah menara tuh. oh blakang tu photo menara tu jek. berjaya tgkap ni pun sbb masa nk amik gambo kt sini aku ternampak satu family tgh termangu2 nk minta tlg org amik kan gambar diorang. tp memasing mcm wat dek jek. so aku volunterelah tlg amikkan. hahaha baik tak aku:p family dr filipina kalo tak silap. so lepas tu diorang pun willing plak amikkan gambo ktorang. o yeahhh!! :D


so ini aku dibawah menara tokyo. amik guna kamera handphone. lalallala :D

alhamdulillah berkat baju winter yg aku pakai tu, kurang skit rasa sejuk kali ini. terasa hangat je sepanjang jalan. so thats it utk hari yg ketiga. esok hari yg ke empat! the last day. mana jek nk g lagi ni. yep, ktorang dh hampir buntu tak tau nk g mana. hohohoho. balik hotel kena cek balik tmpt nk g nih. k guys. till then tunggu je la yek. hahahhaha.

stay healthy and smile always!:)


Jun 8, 2009

30 Mac 2009 Part 1

*lalala.. ampun sekali lagi.. lemau betul aku ni kan. tapi watever.. aku tau korang dh paham ttg penyakit aku itu.. penyakit M.. hahahhaha.. anyway enjoy the photo below yek :p*

Hari ketiga, hari ini plan nk g jenjalan ke area asakusa dan naik tower!!! hohohoho! tempat yg sentiasa jadikan tarikan penduduk jepun dan pelancong ke tokyo ini. sape dh smpai tokyo, sape yg tak pergi tempat ini mmg tak sah la.

So tempat pertama, Asakusa Kannon Temple. Aku bukan nye excited nk lawat pun temple dia. Tapi excited tgk orang ramai.. Perghhhh, pack gila! Camne nk g sana, senang jek.. tgk map and ikut orng ramai.. sure sampai nye la. ahaks :p


lalalalala lepas masuk pintu gerbang. kiri kanan tu kedai2 jual makanan dan souvernir. aku tgk2 je la. tak beli pung :p tapi cantik kan dekorasi dia. klasik japan gitu. :D oh bunga2 sakura  atas tu aku rasa fake kot.


Yep, cuaca mcm panas kan. tapi aku pakai baju sejuk tuh. siap mafla lagi. maksudnya, mmg sejuk la!!!!! :p


memperkenalkan GPS merangkap map aku kat jepun. ekekekekke :p


Tengah aku jenjalan tetiba nmpak signbod nih. Hehe cute kan gambo pegion tu, dia kata "i can get my food by myself". tengok, pegion jepun sendiri pun pandai berusaha tau, dia takde la nk minta belas ikhlas org lain. bertapa bersungguh2 dan produktif betul pegion jepun ini. (mcm xde kaitan jek wahkakakkaka)



oh tidak, rupa2nya dengan menggalakkan beri mknan pada burung tu agak menambahkan bilangan pegion yang seterus leh ganggu kitaran hidup.. really bad effect to ecology tuh!! ingat ye tuan2 dan puan2 sekalian :p


the view of temple from afar.


yep, itu adalah buah orange. sape nak sila angkat kaki!!! hahahahaha. takleh2 buah tu tanam dlm area patung budha. kang ada yg kena sampuk seploh keturunan (iye2 jek aku nih:p)


normal view kt asakusa street. lalalalala.


Hehe.. tengah aku click2 guna kamera ku yg semakin meragam (lens mcm nk kaput :(( ), aku sempat la snap entah hape2 kt sini. huhu sungguh aku suka candid nih. sila2 anda interpretasi apa maksud di sebalik keadaan diatas :p


tengah jenjalan smpai la satu taman permainan kt area dekat2 situ. aku nmpak pokok2 nih. dengan bunga2 pink yg sungguh lazat. (aku rasa mcm sedap jek kalo dpt mkn bunga pink tu.. hahahha :)))


bunga ini special aku dedikasi kepada pembaca2 blog aku! pada yg tak sengaja sampai.. selamat dtg ye ke blog yg entah hape2 ini. maaf diatas bahasa ku yg sungguh fail ini. sungguh time spm dulu karangan aku cukup2 mkn jek:D. dan pada sahabat2 yg setia membaca tu, maap la ye, berzaman aku nk update. aku tau korang pun bukan slalu kan singgah n baca blog nih. asal tensen jek baru korang baca kan. harap korang terhibur! wahkakkakakka :p


tengah aku jenjalan aku pasti akan snap gambar org2 yg tak berumah ini. bukan suka2, tapi sekadar peringatan pada diri sendiri yg kita perlu bersyukur pada apa yg kita ada. masa aku amik gambar ni mmg la aku zoom dari jauh. gila hape nk amik gambo dekat2. ingat diorang ni apa? tugu negara? hohohoho. tapi bila aku smpai umah baru aku perasan apa yg dia pegang itu.


wahhhhhhhhh.. dia tak bagi amik gambo la weh!!! aduh.. sorry nenek. sy tak perasan. (tp aku still upload tuh kt sini).

the truth, mungkin dia tak suka diri dia dipergunakan sebagai bahan rakaman dan tontonan. dia duduk kt situ pun bukan minta sedekah atau buat jenayah. dia hanya homeless. kesian. kalaulah..... (kalau tau kawan2:p) aku org yg punya kuasa dan harta. aku akan buat penempatan bagi org2 mcm nih. hmmm kalaulah.. (aduh tetiba lak berair mata ku sebentar)

oraits, setelah puas jenjalan, next destinasi ktorang nk g ke Tokyo Water Cruise, tempat tu dh berhampiran sgt la ngan asakusa. Ktorang cruise dari Asakusa Tokyo Cruise Line ke Hinode Pier.

Lalu Sumida river. Ktorang lalu bawah 12 jambatan. syiokkkk.. and sejuk tul bila kena angin. sepanjang perjalanan tu ktorang didendangkan oleh informasi2 dalam bahasa jepun. serius sebijik butir aku tak faham. harap2 mat2 saleh yg join trip tu pun tak faham gak la. leh geng ngan ktorang. ekekkekeke. so sepanjang perjalanan tu kiri kanan ktorang dikelilingi oleh bangunan2 yg sgt unik. (maap tiada gambar disini sbb lens aku hang manjang :( )


masa nk turun beratur naik kapal. mostly adalah warga tua :D.. aku jek warga muda! :p



burung2 yg dok berebutkan makanan. cute tau burung2 tuh. jinak gila (bila tang mkn la haha).





oh ini yg berjaya aku snap guna lensku. homeless people. huhu.


atas ni antara kompilasi building yg ktorang nmpak sepanjang crusing. urban city of tokyo!! sugoiii!


oh ye, itu le cruise yg ktorang naik. belah kiri plak mcm bentuk unik tu asahi beer nye building. mcm menarik so snap je lor. dan tak lupe juga, burung2 yg comei yg dok sibuk nk mkn tuh. apa kenama burung tu ek? aku pun tak pasti.

huhu byk gile sebnonyer photo2 sepanjang kat asakusa ngan crusing tuh, tapi almaklum sajelah ini saje yg termampu. lepas smpai di destinasi Hinode Pier, ktorang bergerak ke station subway yg berdekatan. naik subway utk ke mana yek pasni?? hehehe.. sila tunggu.. ada dah photo kt atas tu antara destinasi seterusnya. tapi takper, kita tunggu next upload la ek. bila la gamaknya tu yek.. hahahahhahaa tunggu je lor... maleh nk janji:p till then.. take care!!! v(^_^)