May 2, 2009

29 Mac 2009

*Dear reader, sorry sesangat sbb aku lama tak update blog. jgn mare ye ah mek :p
yep aku mmg agak kurang konsisten.. huhuhu. so harap2 hari ini aku berjaya mengupdate mengenai trip di Tokyo pada hari yg kedua.
Pergh jauh betul gap dari hari yang pertama. hehehe. Maaf sesangat!! v(^_^)*


Harap-harap memori aku masih dapat mengimbas kembali saat-saat mematahkan kaki di tokyo. Hehe. Berkat setiap langkah dan setiap ketika aku mengetik kamera. Nasib baik ada gambar2 tuh. Kalau tak sure tak ingat kot. Yep, aku mengalami sindrom penyakit kurang daya ingatan. huhu.

Second day di tokyo. Kitorang berjalan-jalan di  Kokyo Gaien National Garden. Ermmm apa yg menarik sangat kt taman ini yek. Sila baca sampai kebawah la ye.. :p



Nampak kat hujung tuh? Yep, itulah Imperial Palace. Banyak btul tourist kan? Tapi ktorang takde la terus menuju ke sana.


Yours truly.. ala2 mcm nk g Nanko Rest House je la gayanya.


Eka pose kt depan batu. Saje jek aku suruh dia duk situ. Aku mcm kagum jek kt batu2 besar tuh. Camne la dia angkat benda tu ek. Sure guna kren. Apa fungsi dia? Ermmm.. entah! heheheh


Ini le destinasi yg dituju. See the crowd? Masing2 terpesona dengan monumen tu. Ktorang bg peluang diorang memenuhkan kawasan tu. So apa yg ktorang buat??


Ngeh..:D melepak sambil minum kopi! Hihihihi. Lepak la weh.. free and easy.. so sesukati ktorang la brape jam ktorang nk lepak kt situ. Btw, aku suka gila cuaca dia. Nampak mcm panas kan? Tapi sejuk oooo (yep, aku mmg tak tahan sejuk). Sesambil tu aku memandang keliling.


Tourist sibuk mengambil gambar monumen itu. Ala2 tugu negara la plak kan kan! (seriusly, tugu negara aku belum smpai lg!! ye, jgn mare aku yek:p)


Huhu macho kan statue nih?? Ini adalah statue Kusunoki Masashige. Sape dia nih? Seorang samurai yang diperingati sebagai seorang samurai yang setia. Maklumat lanjut baca kt sini yek http://en.wikipedia.org/wiki/Kusunoki_Masashige.


Wowzie.. see the crowd? Mostly daripada negara asia. Diorang dtg dengan tourist guide.



Aku suka gila lanskap garden nih. Bersih Gila!!! susah tul nk jumpe sampah. Udara yang segar.. sejuk.. nyaman.. and so on.. eceh...:p


Sesambil jenjalan aku ternampak pemandangan ini. Huhu.. Tetiba aku teringin nk tido cemtu. Huhu. sure best!! pastu sure gambar aku tido byk online di merata dunia. hahahahha:))



Haa ini yg lain tau. Bukan org yg sama. Terpikir gak aku, diorang ini takde rumah ke? Oh ye.. waktu tu jam pukul 10 - 11 pagi. Nampak mcm panas kan? Tapi sejuk tau, tu yg memasing bertutup sakan tuh. Ish kalau malam camne ek?? Sejukk ooooooooooo!!!! Aku tak leh bayangkan camne diorang bleh tido cemtu pada waktu malam.


Homeless.. huhu kesian kan?? Last year aku pergi japan, aku tak jumpe pemandangan mcm ini. Tapi kali ini sbb kami byk berjalan sendiri dan lalu kawasan yg jarang2 dilalui oleh tourist, aku byk terserempak dengan suasana cemni. The best part is, walaupun diorang homeless dan tak punya kerja they all buat kerja pungut barang2 mcm tin dan botol yg boleh dijual semula. They all tak minta sedekah ok!!! Itu yg diberitahu oleh mmber aku la. Dia pernah study di jepun dan duduk kt sana skang ini.


Seriusly, aku teringin nk try pakai kasut roda tuh (erk nama dia kasut roda ke? ). Garden ini ditutup utk laluan kenderaan. Yang dibenarkan hanyalah basikal. Aunty kt tetengah tu tengah jogging tauuuuuu.. Huhu jeles!!


Crowd semua menuju ke Imperial Palace. Tuh kat atas tu la. Bleh ke ek naik atas tuh??


Aisey, tak bleh le. Ini la spot last yg bleh tourist smpai. (eh kt Istana Negara pun smpai kt pintu gerbang je kan kan? ye, aku tak smpai sana pun lg. hihihihi :D)


The nearest zoom aku leh capai dek kamera ku. Nice kan lanskap dan senibina dia??


Kat taman ni ada 2000 pokok Japanese Black Pine. Oh lupe nk mention, garden ni kedudukan dia kt tetengah bandaraya Tokyo. Building kt belakang tu antara beribu-ribu bangunan yg ada di tokyo. Bangunan apa? Jangan tanya coz aku tak tahu :p


Hihi sakura2! Aku suka spring! Oh aku bukan minah bunga ye. Tapi aku suka suasana spring. Aku rasa segar dan nyaman sentiasa. Eceh, mcm iklan gula2 la plak. Hahaha.


Ok jgn komen apa2 ye :p


Kat dalam tu ada taman lagi. Hihi. And more sakura. Tapi ktorang tak pergi pun coz tak larat. Huhu, sure korang pelik kan pegi jejauh tapi asyik tak larat jek. Haaa.. apa kata korang lak dtg, tgk larat ke tak larat berjalan :p hehehe jgn mare:p

Oh kt sini ktorang terserempak dengan geng dari singapore. A girl and 2 guys, diorang rakan sekerja. sesaje bercuti ke japan. 2 minggu diorang kt japan dah. Sebelum itu diorang jenjalan ke hokaido. huyoooooooo.. cayalah!! lupe nk tanya diorang jenjalan sendirik or under group trip. tgk gaye mcm sendiri2 jek.

So itu jela utk hari kedua. Ha!!? kt situ jek.. takkan balik hotel pastu kot, huhu rugi oiiiiiiiiiiiiiiii.. ngeh ngeh :D sebnonyer byk lg aku nk cerita. ini baru half day utk hari kedua. Tunggu next post la yek:p ngeh ngeh.. jgn mare :p

ps: kalau lmbt post utk next half second day trip tu.. sesabau la yekkkkkkkkkkkkk hihihihi...

to be continueeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee v(^_^)














1 comment:

Anonymous said...

wah2 bestnyer..aikk sambung lg ke? kener tunggu setengah bulan tuk sambungannyer lg nih hehe..
Cepat la update, byk lg nih, gunung ganang biler nk citer plak..hehe

-meK paKma-