Apr 14, 2008

Japan Trip day 4 - 31/03/2008

Hari ni ktorang bertolak ke Tokyo. Dalam pukul 7 selepas breakfast ktorang ke stesyen Shin-Osaka utk naik shinkasen balik ke Tokyo semula. So seperti biasa, memula reserve seat dan dapat shinkasen hikari pada pukul 0813. Sepanjang perjalanan ke stesyen shinagawa Tokyo aku tak leh nk tidoq, ambik pen n buku catatan, so mengarang la. eceh, mcm bagus jek. actually juz refresh back segala pengalaman yg lepas.

After 3 hours, smpai la ke stesyen shinagawa. agak blur skit kt situ, tgh dok study map kt stesyen tuh, tetiba aku terdengar ada org menyapa "mahu ke mana bah?". uikss.. org sabah ke yg tegur aku tuh. toleh2 seorang uncle japanese yg tegur. kagum aku sejenak. eka apa lagi, terus la dia cakap melayu. aku perasan uncle tu terkulat2 la skejap nk cuba paham apa eka ckp tuh. hahahahha. then baru ktorang ckp english. rupanya uncle tuh pernah kerja kt indonesia selama 3 tahun, tapi itu 15 tahun yg lepas la. dia pun ingat2 lupe gk bahasa melayu. aku rasa dia ingat ktorang org sabah sbb masa tu masing2 pakai tshirt sabah. hahaha. ktorang tanya ada teksi tak kt area situ, sbb confuse tak nmpak sebijik pun teksi. bile bgtau nama tempat hotel yg ktorang inap, dia suggest naik subway JR jek. sbb dh dekat sgt. naik teksi lg mahal. haha ok gk. ktorang dh ada JR pass, so lg la tak perlu bayar. jimat2;).

rupe2nyer stesyen kamata dlm 3 stesyen jek dari stesyen shinawaga. alahai dekat sangat. keluar jek dr stesyen kamata, rupanya betul2 ada bazaar dan byk kedai. manusia pun ramai.. wah hapening gitu. dlm 5 minits walk sampai la ke hotel. ktorang menginap di Hotel Vista, Kamata.

ktorang amik double + 1 extra bed. katil aku yg comei hujung tuh. ok la, besor la dari hotel kt osaka.
view luar dari bilik hotel. lepas rehat n unpack, ktorang kuar g akihabara. tempat ni terkenal dengan barang2 elektronik jepun dan kedai2 duty free.
keadaan manusia di akihabara.
setelah selesai shoping kt LAOX... hehe beli souvenir jek. brg2 elektrik xdek aih. lg mahei dr harga malaysia. pehtu ktorang g kedai music. kengkonon nk beli cd lagu. jumpe angela aki nye cd, 3500 yen jek. erkkk... tu baru single jek tau. bukan album. cancel terus niat nk beli. hahahhaha...
lepas tuh terus balik ke hotel. sbb tak larat sei. tu yg tak byk gambo amik. huhu. tekak aku pun dh perit gile ms tuh. badan pun panas. ah sudah.. jgn lor demam. balik hotel dinner apa yg patut, terus mkn ubat. nasib la bw bekal ubat. kena jaga kesihatan nih, esok nk jalan jauh... yep.. esok nk g mount fuji. one day tour. yezaaa....

No comments: