Nov 22, 2007

Mushishi




pic grab from - http://funimation.com/mushishi/
anime yang cool. gambar n grafik yg amat menarik. lagu tema opening - the sore feet song oleh ally kerr, rasa sesuai jek dgn mood crite. mushi-shi, shi bermaksud master. mushi? x sure la plak.. camne nk describe ek.. erm dia ni macam makhluk halus la. hanya org2 tertentu jek bleh nmpak. tapi bukan mcm makhluk halus hantu spt jin or org bunian tu ek. mushi ni rupe dia ala2 zarah halus mcm ameoba yg hanya leh nmpak bawah mikroskop tu la. punya kelebihan dan keburukan tertentu. hidup dlm dunia manusia.

sepanjang episod nih, mcm2 jenis mushi yg ada. ada mushi yg bleh hidup dlm telinga manusia yg bleh membuatkan pekak, ada yang boleh menyerupai manusia, ada yang menyebabkan org yg buta sejak kecil bleh lihat semula, dan mcm2 lagi la yg pelik. huhu.. anime ni mmg pelik. tapi aku nk tgk gak.. hahahha.. better than drpd ala2 alien... apsal ntah aku agak kurang berkenan bab2 misteri angkasa lepas nih.. hehe..

ginko, watak hero dlm anime ni adalah mushishi (mushi master). berambut putih dan bermata hijau... itupun sebiji je la hijau. sebelah mata lagi telah tkdek.. huhu.. ada sejarah camne dia jd cemtu. berkaitan mushi gk la nih. huhu. ginko hidup dia selalu berkelana. tidak pernah stay satu tempat lama2 sbb dia akan membuatkan mushi2 dtg ke tempat dia stay tu. dan ni mmg bahaya la.

dlm setiap episod, pelbagai masalah yg disebabkan mushi akan ginko selesaikan. watak dia agak cool n tenang jek. dan byk gk la episod2 yg menyayat hati. huhu. bergenang gk la ayor mata bile tgk anime nih. huhu :-s. dan perlukan kesabaran gk la bile tgk anime ni. sbb agak slowwww skit. hehe.. leh tetido gk la dibuatnyer. cuma kalo hayati betul2 mmg menarik ooo.. lelebih lg grafik dan colour dia. hijauuuuu... so nice... hehe..

last year (2006) anime ni telah diadaptasikan pada live motion movie. actually aku tau psl anime ni pun dr movie tu la. kalo tak.. sure aku pun x tau kewujudan anime nih. pada sapa yg tgk movie dulu seblum tgk anime dia nih.. confirm.. x paham la movie tuh.... sbb aku dh terkena hahahha.. x paham langsung beb movie tu.

kalo dh ada anime, of course la ada manga. hahaha. baca manga dia lg paham kot. anime ada 26 episod. manga ada 40 episod.cuma manga dia je la aku blum baca lg.

No comments: