Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Jul 15, 2008

Musim Buah Rambutan

Musim Buah Rambutan

Rambutan season is BACK! Weekend lepas sahaja, kesemua buah rambutan telah masak ranum. Pergh... mmg geram jek tgk dari bawah pokok. Tak perlu panjat pokok tuh, hanya berdiri dan petik. :D Tapi yang kat atas pokok tuh terpaksa la panjat.

Ini rambutan gading. Aku rasa sepanjang jalan menghala kerumah aku tak perasan pula samada rambutan kat rumah org lain telah masak menguning. Setelah penat dan keletihan mengutip dan mengumpul buah rambutan, cuaca pula agak cerah, sempat la aku mengambil beberapa shot menarik bersempena musim rambutan kali ini. Bila lagi kan nk tangkap gambar cemni. hehe.
A little bit of sky shoot. Blue.. blue sky :D
Ops.. didapati terdapat suatu objek diatas pokok rambutan tersebut. Oh bukan monyet atau yang seumpamanya. Adik aku tuh. Dia la yg ditugaskan memangkas dahan rambutan. Ala-ala tarzan gitu. Hehe.
Another shot of sky..
I also took some crazy shot with my little brother and sister. But anyway, i wont plan to put it here. Its really some craziness stuff during the proses of tired-while-collecting-therambutan. Hehehe..
I am kind a regret to bring not-so-much rambutan to kl. Why? Because while sent it to my niece within the flat area where she live, there were a bunch of kids notice me with the rambutan. They kind a begging me for the rambutan. "Kak... nak rambutan.. " With a such pity face.. Alah.. kesiannya.. Nasib la aku bawa terlebih satu. So aku bagi seikat kat diorang. Suddenly, sorang uncle pula nampak aku pegang rambutan tuh. Dia pun macam teringin sangat nk rambutan tuh. So i ask the kids to give it some to that uncle. One of the kids who was holding the rambutan, just stand there and holding the rambutan thightly! Seems like protecting a treasure or some valuable stuff!!
Conclusion, next year i will bring more and giveaway to the one needed. ^-^

Jun 23, 2008

Trip ke Kota Kinabalu, Sabah - hari ketiga

Last day di KK, tidak pergi ke mana-mana pun. Hanya berjalan di sekitar bandar KK. Hari ni baru kami shopping!. Bunyi dia seakan orang kaya je, hehe. Kalau pergi KK memang tidak sah kalau tidak pergi ke Pasar Filipina. Apa yang ada di Pasar Filipina...

ikan masin! udang kering! ikan bilis dan segala jenis ikan-ikan masin! lijah begitu ceria memborong 10 kg ikan masin. hehehe. borong khas untuk ibu tercinta. terbayang muka makcik syarifah edora tersenyum panjang. ahaks.

selain dari ikan masin ada, bersebelahan dengan pasar ikan masin terdapat pasar kraftangan. kat situ segala souvernir bleh la dibeli. dari key chain, t'shirt, gelang, rantai dan jugak MUTIARA. pada sesape yang ingin beli mutiara, KK adalah tempatnya. Murah giler! jika bijak menawar memang sgt murah. aku tak beli barang-barang tu di pasar filipina. ada satu kedai khas barang kemas terdapat di KK. nama kedai, Jamilah Jewellery. kat situ kita boleh buat barang kemas mengikut citarasa tersendiri.

salah seorang staff sedang membuat gelang tangan mengikut kehendak lijah. kagum tgk kelincahan tangan diorang buat kerja tuh.
antara manik-manik yang digunakan.
ini design yang aku tempah. sorry tak guna mutiara da. crystal ni harga dia lagi mahal dari mutiara tau. saje jek nk mention k sini :p oh ya, mutiara original dan betul-betul berkualiti mahal gila harga dia. tak mampu ler. mutiara yang terdapat di kedai jamilah ni, walaupun murah tapi masih original dan tahan lama. kalau tidak silap, itu mutiara ternak. mutiara yang betul-betul mahal mutiara laut dalam. harga boleh cecah ribu riban gak tuh. $-)
yang atas ala2 ayu, yang ni ala2 poyo.. sesuai dipakai ngan jeans :p. aku suka kaler hijau dia. juz nice!
punya la sakan shopping di kedai Jamilah tu, terlupa masa berlalu dengan pantas sekali. pukul 12 kami pulang ke hotel untuk check-out. Carol telah menunggu kami untuk lunch berdekatan dengan airport BKI. restoren choice! superb nasi beriani. paling sedap pernah aku makan setakat ini. :D.
eka nya penerbangan mengikut jadual. tapi ktorang kena delay sampai pukul 1025PM! peh.. mati akal tak tahu nk buat apa lagi di town KK. nasib ada kawan ella, dialah jadi peneman ktorang hingga ke malam. gambar diatas diambil di restorent Mouth, terminal 1 BKI. sebenarnya, bersebelahan lautan itu la landasan kapal terbang di BKI. lawa kan? gambar diambil di dalam restoren mouth.
masa tu baru pukul 3petang. disebabkan tidak tahu mahu kemana, dan tak mahu menyusahkan kawan ella. ktorang juz jenjalan di town KK. shopping lagik! :p hehehhee. bukan shopping pun, window shopping jek. ronda2 plaza warisan dan juga shopping kompleks bersebelahan. huhu aku tak ingat apa nama shopping kompleks tuh. ronda punya ronda, ktorang decide tgk movie hanya untuk mengabiskan masa. hehehe. cuba teka cerita apa ktorang tgk, Long Khon 2! :p hehehe.. movie tu je yang sesuai mengikut timing ktorang. tiket murah gile, rm6.50. tgv ker gsc ek.. aku pun dah lupa. hehehe. seperti sedia maklum long khon tu cerita seram, tentang ilmu hitam yang diamalkan oleh orang thailand. pada aku cerita tu tidak la seseram mana, yang menyeramkan... panggung wayang tu sendiri!.. hehehe. panggung wayang lama dengan kerusi dan design yang agak lama, aku rasa mmg seram betul la suasana dia. terasa aku pula yang berada dalam cerita seram. hehehhe.
tayangan tamat dalam pukul 7lebih. selepas itu ktorang menuju ke terminal 2 BKI. lepak-lepak dan makan-makan lagi untuk buang masa. pukul 9 check-in. pukul 10 naik kapal terbang. yehaaaaa.. penumpang aku rasa tak smpai 50 org kot. sikit gile. nak ambil satu row seat sorang pun boleh. hehe. so balik semula ke semenanjung. bye2 KK. wahh sedih2. rasa tak mau balik jek. wish to be there again someday. kena tunggu promotion flight nih. ehehehe.
rumusan: Sabah mmg best. aku rasa akan plan trip seminggu di sana. kena letak dlm wishlist nih. kali ni, mungkin panjat gunung kinabalu atau island hopping. i love nature!. ahaks.

Jun 18, 2008

Trip ke Kota Kinabalu, Sabah - hari kedua

Ok, hari ini carol dah plan nk bawa kami ke Kundasang. Ke Kinabalu Park. Yippie... eh bukan panjat gunung ya.. aku tidak mampu untuk panjat gunung. hehe.

Ini lah dia Gunung Kinabalu. Maaflah, gambar kurang memuaskan. Sbb ambil masa dalam perjalanan ke sana dalam van.
Ok ini Kundasang. Apa ada pada Kundasang? Fresh vegetable!!
Eka n lijah begitu semangat menunjukkan cendawan kat aku.. aku tau sbb apa, saje bagi semangat kt aku utk meneruskan projek penanaman cendawan kot. ekekekke.
ok ini la sayur-sayur di Kundasang. Ala2 cameron highlands gitu.
Nampak kan bukit bukau tuh. Saujana mata memandang. Aku suke view dia.
So here we are at Kinabalu Park. Cuaca hari tu mmg best. Matahari agak menyinar hari tuh, tapi keadaan sejuk jek. Macam kt cameron. Oh ye.. minah saleh kt atas tu nama dia Rosaline, carol nye kenalan. Dia daripada UK. Student master tengah buat research on animal. So merata asia dia dh jalan. Sebelum ke Sabah dia singgah KL, suka betul dia kt KL. Katanya, dalam pembangunan yg agak pesat, ada gak kehijauan kt KL. Tu yg dia salute. Dan dia ni betul2 suka binatang and alam sekitar. Sesuai la ngan subject dia amik tuh. hehe. sebab dia kata frust pegi china, sbb tak nampak sekor binatang pun kt sana :)).
ok box kt atas nih aku amik (ops amik gambar jek.. bukan amik box tu yek :p ) masa lunch kt Liwagu Restaurent. mcm menarik plak. hehe.
Ok this is me.. berposing kt dlm restaurent liwagu. Seperi biasa.. bile makanan dh smpai.. sure tak sempat nye la snap gambar makanan. :)).
bungaa... bungaa.. bukan.. orkedlah :))
selepas lunch kami jenjalan balik ke pintu masuk park. jalan punya la jalan.. tetiba ada satu teksi berhenti, tanya ktorang nk kemana. rupa2nya route yg ktorang pergi tu menuju ke gunung kinabalu.. ah sudah.. hampir2 gk tuh panjat gunung!.. :)).. sepanjang jalan ktorang gelak. carol mention, camne la leh survive kt jepun nih, KK lak leh sesat :)). jauh gk ktorang berjalan tuh.. tp sebabkan cuaca redup n sejuk tak terasa penat pun.
this is me!! :p
ada cerita di sebalik gambar diatas. ceritanya begini.... hehe.. setelah sesat, kami pun berjalan menuju ke pintu masuk. aku spt biasa, busy menangkap segala gambar yg menarik. so jauh gk la ketinggalan. tetiba aku nmpak masing2 berhenti smbil melihat sesuatu diatas tanah. eka aku perasan sudah jauh menuju ke depan. dan selajutnya carol n ella. tinggal la ros sedang menguis sesuatu diatas tanah. rupa2nya ada seekor ular kt situ. ular tuh dah mati ler. kalo hidup lagi sah2 masing dh menjerit ketakutan. hehe. ros cuba nk tgkap gambar ular tuh. tapi dia nak terbalikkan agar nmpak permukaan atas ular. kesian lak aku tgk minah salleh ni dok terkial2. hehe so aku tlg la terbalikkan. aku tak plak ambik gambo ular tuh.. hehe.. sori.. tak berminat :P... setelah berjaya ambil gambar tuh.. so ktorang pun pergi la join the group smula. Ros beria nk tunjukkan gambar tu pada carol.. masa tuh Carol sedang beria pikir, kenapa la lama sangat ktorang tak sampai2. dia pikir, maybe ros ambil ular tu dan nk bawa pergi klinik ker apa.. Masa ros nk tunjuk gambar tuh, Carol and Eka masing2 dh menjerit2.. sbb diorang assume Ros bawa ular tu sekali :)). Aku dan dia dah tergelak besar dh masa tuh. Tu yg sempat aku snap gambar kt atas.
Setelah puas menghirup udara segar di kinabalu park, kami pun pulang ke KK. 90km beb. dengan keadaan bergunung ganang, terasa jauh gilerr.. tapi aku puas... insyallah panjang umur dan murah rezeki aku akan kembali lagi ke sana. Aku suka Kundasang!
OK, setelah sampai dihotel dan rehat2, aku and lijah decide nk jenjalan kt pasar filipina. Masa tu matahari dah terbenam, so ini lah hasil tangkapan gambar masa tuh :P
Sayap Ayam... hehe.. diorang panggil sayap ayam.. bukan kepak ayam tau. aku tak beli pun.. just suka mood gambar nih. :D.
haa ini lah seafood bakar dia. nmpak mcm kecik je kan.. tapi besau giler tuh. panjang sotong yg paling besar tu lebih kurang 20cm tau.. harga sekor.. rm30!! huhu.. aku tak sanggup nk makan, sebab besar sgt. hehe. seafood nih diorang just bakar. pastu mkn dgn nasi dan cecah ngan air asam or sambal belacan. ktorang just tapau ikan terubuk bakar dan sotong yg comei2 jek. huhu mmg puas mkn la. sbb fresh giler. dan pada sape2 yg tak tahan pedas, sila jgn mkn sambal tuh. cili sabah mmg pedas gile!!!..
oh ye.. sebagai peringatan. pada sape yg agak mementingkan kebersihan, anda pasti tak lalu utk mkn seafood nih. dan lagi, kwn sy pernah bgtau, kwn dia penah la mkn kt sini, lepas tu masing2 kena diarrhea! so terpaksa pegi klinik kt sabah, dan doktor tu pesan jgn la sesekali mkn kt situ. dinasihatkan sila la mkn kat restoren, lebih terjamin. huhu. nasib la ktorang tak menerima nasib yg cemtu, alhamdulillah. Agaknya perut ktorang ni kebal kot. :)).

Trip ke Kota Kinabalu, Sabah - hari pertama

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke bumi Kota Kinabalu, Sabah. Terasa agak excited la jugak. Sejak bertahun-tahun aku cuma sekadar bermimpi akhirnya sampai juga aku kali ini. hehe. Since last year aku dah booking flight ke sana, alhamdulillah plan berjaya dilaksanakan. So ini kali pertama aku terbang menaiki Air Asia. Agak gabra la jugak sebab aku dengar macam-macam complain mengenai air asia, kena berebut seat la, makanan mahal la, and so on.

Biasa la tu, dah dinamakan manusia, pasti ada je la yg tidak memuaskan. Pada aku, dengan harga tambang yang agak berpatutan, everything is just nice. Terasa macam naik bas express pun ada jugak. hehe. Disebabkan penerbangan ke BKI yang paling awal, iaitu pukul 650 pagi, naik jek kapal terbang aku terus melelapkan mata untuk beberapa minit. Alhamdulillah, selepas seketika aku terjaga, berjaya menghayati keindahan awan2 di luar kapal.

Penerbangan mengambil masa 2 jam lebih. Dalam pukul 10 kami selamat tiba. Semasa melalui kaunter imigresen, kami telah diberikan passport sementara. Ermm pasport sementara ke ek? Tak pasti plak nama sebenornya. Cuma yang pasti passport tu berbentuk slip kertas yang menyatakan kemasukan kita ke negeri sabah. Slip tersebut perlu disimpan untuk dipulangkan semula semasa keluar daripada imigresen sabah nanti. Aku sebagai warganegara Malaysia pun perlu passport untuk masuk ke negeri Sabah? Dan limit aku boleh ada di sabah hanya 3 bulan? Hehe this is so new to me. Dan the best part is, the slip paper quality is just the same as slip resit KFC!! Kenapa aku samakan slip passport dengan slip resit KFC? Sebabnya, selepas checkout kami minum di KFC. Dan disebabkan perangai aku yang suke menyimpan resit, hampir2 aku terbuang slip pasport sabah tu kerana disangkakan sebagai resit KFC. Hehehe.. bahaye sungguh!
Ok, selanjutnya setelah eka selamat tiba, dengan bantuan Carol dia bawa kami ke hotel. Perjalanan dari BKI ke town KK, tak sampai 15 minit pun. Alahai, dekat betul nih. Lepas rehat2 baru kami keluar jalan-jalan area hotel.
View daripada bilik hotel. Kami dpt bilik paling atas sekali tingkat 12. Maaf la ye, cermin hotel tu rasa mcm dh berkurun tak cuci kot. Kalo tak sure gambar lagi superb. :D
Hotel kami betul2 berdepan dengan port dan pasar filipina. So kt sini la ktorang lepak2 sambil tunggu matahari terbenam.
Me n lijah in black and white. But the background in colour lor. hehe.. Photoshoping punya kerja ;).
Ok ini lah sunset nya.. subhanallah! amazing right?
Another shot also!! Love it so much.. Jadi wallpaper mydelima ler.. hehe
Malam tu kami dinner di Port View Seafood village. Wah.. seafood hidup2 kt situ.
Meja kami betul2 menghadap stage. Ada live show tarian kebudayaan suku sabah.
Atas ni salah satu daripadanya. Jangan tanya tarian dan suku apa, sebab aku pun tak tahu. Kami tanya Carol, dia pun tak berapa pasti. Ahaks. Sabokan aje la. We enjoy the food very much, sampaikan aku tak sempat snap apa2 gambo makanan. hehe. Ada satu menu baru aku dpt mlm tuh, sayur sabah masak belacan. Aku google rupanya sayur tu macam pucuk kepada pokok kentang/keledek? Dan pertanyaan yg sama aku tanya pada carol, dia pun tak pasti jugak. hehehe. Anyway, dinner mmg superb!.. tak tahu berapa harga, sbb ada org tlg bayarkan ;). ahakss...

May 5, 2008

Bubba Gump Shrimp Co. Restaurent

Last week lepas tgk ironman, ktorang ronda2 curve utk lunch. Pusing-pusing nmpak restaurent nih. eh eh.. run forest run!.. aku nmpak sign ni kt meja restaurent tuh. eh eh.. laaa baru aku teringat.. Ni sure dari Forrest Gump punya movie nih. hehe aku suke gile cite tuh, tayang berkali-kali pun aku sanggup tgk lagi. hehe.

masa nk masuk tuh, waitress kata kitchen tgh penuh. so ktorang tinggalkan no telefon utk diorang call semula nnt. so jalan-jalan la lagi kt curve. tak lama dalam 15 minit kemudian dia call semula. yezaaaaaaa...

ok ni sign yg dia letak atas meja restaurent. ala-ala no plat krete gitu. memula aku tak paham la.. awatnya dia buat cemtu. ingatkan saje-saje guna words tu pasal restaurent ni ambil tema forest gump. masa waitress tu bagi menu, dia pun explain la.. kalau nk panggil waitress or minta waitress layan kita, sila tukar sign mcm kt bawah nih... Stop Forrest stop..
haa kalau mcm ni, mana2 waitress akan dtg layan kita ;). so kalo takde apa2.. tukar la balik mcm atas tuh. hehehehe.. nice can?
drinks yg aku order, mango sparkler.. ermm apsal aku tak rasa mango eh.. aku rasa nenas ada le.. hehe..
ok ni dish yg aku order, bourbon street barramundi.. haha.. tergeliat tak lidah nk nyebutnya.. hehe. nice la.. ada whipped potato, fillet barramundi (spesis siakap), dan jugak udang.. woo banyak udang ooo... the taste? so nice.. kalo dtg aku akan order lagi ler.. hehe..
kwn aku order shrimp new orleans.. byk ooo nasi tuh.. udang pun melambak2.. sape ada masalah kolesterol.. jgn le amik menu nih yek..aku pun jenuh tlg mengabihkan udang2 tuh. huhu.
ok ni dinding restaurent berdekatan meja ktorang.. aku baru prasan ada sign goat not allowed tuh.. ada ke kambing dekat2 situ ek.. hehehehehhe...

Oct 29, 2007

Restoran Camar Putih

Restoran Camar Putih

OK.. restoran ni salah satu tempat ikan bakar yg best la kt melaka. Kalo org slalu sebut mkn ikan bakar kt umbai, anjung batu tapi kali ni kt teluk mas plak. Ia terletak berhampiran dengan sekolah henry gurney teluk mas, melaka. Sabtu lepas aku g mkn kt restoren nih.. bukan 1st time la.. byk kali gk g situ. cuma baru kali ni pegi ngan adik, kakak n anak2 sedare. lama dh niat nk blanje diorang, tapi sbb risau nak tinggalkan parents kt umah slalu gk x la jd pegi.



ini adik aku yg agak excited. hahaha..


inilah aku... hahahaha..

meja mkn ktorang bersebelahan laut tuuu... ms tuh air pasang. mmg best ooo.. rasa nak naik bot jek. berhampiran kt situ gk ada jeti, nampak la 2 org nelayan baru balik dr tangkap ikan kot. so mmg fresh la seafood kt situ. haha.. bawah ni menu tak hingat dunia ktorang.. hahahah...



sotong goreng tepung.. sedap sedap sedap.. ahakss...



ketam black pepper.. pehhhh.. bestt seii....



kupang masak cili berapi.. pehhh... my feveret seiiiii... stiap kali dtg.. aku mmg mkn nih.. kali ni pedas dia baru terasa.. huhu.. tapi mmg sedap... hingggat menjilat jari...



ikan jenahak.. haha.. masak sebelah lain2.. yg nih masak sweet sour.. sebelah lagi bakar.. hoho.. sedap sedap sedap..



ikan pari asam pedas telok mas.. bos tu yg bagi nama menu tuh. ini antara speciality mkn kt sini. kt kedai2 ikan bakar lain x pasti plak ada ke tak menu ni. anyway mmg sedap la.. better cuba dan rasa sendrik ;)



ni set nasi lemak aku serta kuah cecah sotong goreng n cecah ikan bakar. kepada sesape yg bese mkn ikan bakar kt area melaka ni.. ini salah satu keunikan dia. mkn ngan nasi lemak. so kepada sesape yg belum penah mkn... jgn terkojut lak yek bile di hidangkan ngan nasi lemak nih.. hahahhhaha..


taukeh restoran siap bg name kad lg kt ktorang. kepada sesape yg berminat nk mkn.. korang leh book n bgtau menu terus kt taukeh tuh. smpai kang leh terus mkn jek.. toksah nk tunggu2 lg. hahaha.. taukeh n staff kt sana pun best.. ramah tamah.. diorang siap confuse sbb ktorang tapau sume baki makanan tu.. diorang kata x sedap kerr.. woo tak2.. mmg sedap n best.. cuma.. perut ktorang ni kurang beso skit.. hahahha.. tapi selera kan main beso.. hahahaha... lagipun mmg plan nk bawa balik.. kasi family yg x dpt nk ikut..



malam tu org x brape ramai.. mayb hujung bulan kot.. n mayb duit dh abih wat raye.. hahahha.. best2.. sbb x ramai org... staff dapur n pelayan siap lepak2 lg tuh..



haha aku berjaya snap gambo pemandangan ni. kt area2 restoren tu gk la. lawo2... kepada sesape yg berminat nk mkn kt situ dan tak tau nk pegi.. senang jek tempat dia.. kedudukan dia berdekatan ngan sekolah henry gurney teluk mas melaka. better call taukeh la kalo konfius ngan kedudukan dia sbb agak tersorok skit. insyaallah.. taukeh akan sedia melayan anda dgn ramah tamah.