Aug 5, 2011

SoNyuh ShiDae?


Aku teringat masa awal-awal dulu eka ajak aku join trip ke Korea Selatan. Tapi aku tak pernah terlintas pun nk ke sana. Watpe nk g sana? Apa je la yg ada kt sana?

Rata-rata org melancong ke Korea Selatan sebab terpengaruh dgn lanskap dan keindahan latar belakang dalam drama-drama korea yang sejak 4 atau 5 tahun lepas mule mengambil tempat dihati para penggemar drama bersiri. Aku suka gk tgk drama korea nih. 1st drama korea yg aku layan adalah Winter Sonata! keke smpaikan wallpaper pc pun berlatarbelakangkan winter sonata ok! keke. lawak jek.

Walau minat mcm mana sekalipun, idak la aku teringin sangat nk g korea nu.
Tapi2... last year aku jejak gak Korea Selatan! kekekekkekeke. adui la... ha ni sbb apa nih.. sila2 jawap!

sbbnya: SONYUH SHIDAE @ SNSD @ Girls' Generation.

eh, g konsert diorang ke? ish idaknyer!
dpt join showcase diorang? sungguh la tidak!
abis tu sbb pe?

Jawapannya simple jek. walaupun tak berpeluang join konsert atau apa2 aktiviti yg melibatkan sonyuh shidae, dapat rasa persekitaran dan keadaan bumi korea selatan sudah cukup bg aku. aku nk tau org korea ni mcm mana, etika diorang, adakah persekitaran sama seperti yg digambarkan dlm drama2 korea itu sendiri. apa yg penting, dapat jejakkan kaki di atas bumi yg sama dgn SNSD. sangat klise gitu! wakakkakakaka.

Ye aku adalah SONE (nama peminat tegar snsd). malunya nk ngaku.. lari............

Tapi2.. kalo dpt jumpe diorang lagi la best! kan kan! Eleh.. temberang la tu. beruntung sgt la kalo dpt jumpe pun dan sungguh la sgt mustahil ok!. artis malaysia pun jarang jumpe, inikan SNSD. toksah berangan OK!

Ok sebagai SONE, antara lokasi yg wajib pegi adalah SPAO kt myeong-dong. actually otw je tu ke teather show NANTA COOKIN (wajib tgk, mmg best!). so sebelum tu singgah la jap SPAO, beli ole2 SNSD skeeettttt, skit la sgt tuh. keke.

Tgh dok pilih barang2, aku prasan apsal ramai sgt org berkumpul nih.. pastu masing kuarkan HP dihalakan ke satu arah. Bila aku tgk ke arah tu, mcm org glamer. eh artis ke? sape ek? setelah aku join ramai2 tu baru aku prasan. mereka adalah SNSD! bukan 9 org, 3 org jek.. mereka2 adalah.... Yoona, Soo Young dan SeoHyun! OMG OMG OMG OMG!

Tetiba aku blank! Terkedu skejap! Tak tau nk buat apa. Just tesengih dan tercengang. Bila aku ingat2 semula mcm org bodo pun ada. Adoi la lawak. Setelah 10 saat terkedu, baru teringat kamera dlm poket terus kuarkan. Terus snap! snap kedua jek, manager diorang dtg dekat aku. ALAMAK!

Aku bleh tak lupe manager tuh, kalo sape pnah rajin tgk video fancam snsd, manager yg rendang2 dan pakai spek. haa dia la tuh.. kekeke. buat gabra tul la manager tuh. ingatkan dia nk rampas kamera tu. oh tidak.... rupanya dia dtg dekat terus kata, delete please! heeeeee.. mamarazi yg sangat fail ok! kekekekke. seblum delete sempat gk aku tgk dulu gambo tu sambil manager tu perhati skali. keke. aisey gambo mmg tak cantik pun. huhu. terpaksa la delete. huhu.

Lepas delete aku terus g kaunter nk bayar brg. sebab show NANTA hampir start. kang terlepas plak. masa nk bayar tu.. Diorang lalu depan aku, sempat ketiga-tiga tu perhatikan aku macam org pelik. sbb apa tau.. aku dok berdiri tersengih mcm kerang busuk kt situ. sbb terkedu. wakakakkaka. dan serius, aku tak ingat rupa diorang mcm mana masa tu. sbb aku blank! adoila.... senget betul!.

Heee, itu la alkisahnya. Macam entah hape2 kan. Maaf la ye, sbb ini pengalaman pertama seumur hidup aku berminat dgn idol korea nih. Tak pernah terlintas pun melibatkan diri smpai mcm ni sekali. Agak2 aku kena pukau kot lepas dengor lagu Genie. kekekekke.

Aku ni peminat anime japan, pernah gk terlintas kalo ada anime yg betul2 real hidup pergh mesti menarik. dan sape sangka SNSD la anime itu. anime dalam hidup zero2sixteen. :D

Oh lupe nk bgtau.. hari ini Ulang Tahun SNSD yang 4!!

Happy 4th Anniversary Girls' Generation!

Unnie fan will always support u!

lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. malu aih

No comments: