May 20, 2009

29 Mac 2009 - part 2

*hihihi lpas dinner td aku minum kopi dgn harapan utk update tokyo trip hari kedua part 2. yep, baru jek setle resized photo2 yg terlibat. maaf ye kengkawan kerna aku lmbt update. hmm patutnye setiap kali outing aku perlu terus update, baru ekselen kan kan! insyaAllah aku akan cuba perbaiki kelemahan ku yg satu ini.. iaitu suka benor menangguh. maap bebanyak ye v(^_^)*

selepas jenjalan imperial palace ktorang decide utk pergi ke udx building. ada apa kt situ? ada anime centre. yep, aku nih peminat anime, serius minat gilersssss!! sape je la tak suka kartun2 japan yg sentiasa cute miut ituh:p

so dengan berkat map yg ada kt tangan ktorang bersegera menapak menuju subway utk ke Akihabara. jalan punya la jalan, berjaya gak smpai sana! (sesat la skit.. adeh2:p).

the nice udx building


yeh smpai pung!!! apa ada kt sini ek??


nothing much actually. oh ye, phone diatas merupakan salah satu drama terkini yg telah diadaptasi daripada siri anime kt japan. 1st time gak la aku tgk, masa tgk preview kt situ ia mcm berkenaan handphone yg bleh bertindak mcm robot! jd agent penyiasatan cemtu kot. hahaha coz aku pun tak brape sure maklum la dlm bhse japan. sesukati aku paham la. the best part is, aku bukan survey2 sgt pun kt sana. dpt kerusi aku terus lepak dan online internet kt situ guna mytube5800. online sbb nk search alamat restoren Jom Makan kt area ginza. tahu kt Ginza, tp tak sure alamat dan camne nk g sana. terlupe nk kumpul maklumat tang tuh. huhu. sesukati tui la trip ktorangkali nih. :p

lepas dpt address aku survey apa2 souvernir anime yg aku berkenan.... ermmm mcm takde jek:p so terus proceed ke ginza. cari nyam nyam. lapo mak aih!!!


yep, terasa mcm bangga la plak ada restoran malaysia kt sana. actually takde le beso mana keluasan dia. ala2 mcm kiosk. but still rasa mcm best jek. sampai2 jek aku terdengar lagu zainal abidin - hijau. syiokkkkk, terasa kemalaysiaan disitu. hehe. dengan pelayan dia yg memakai baju melayu siap bersampin gitu, yg perempuan pakai baju kurung tau!!! oh ye, they all semua org jepun.



sbbkan time tuh time lunch, so ktorang amik set lunch. so here is the starter, salad and drinks orange jussssss..


eka amik nasi lauk kari. nice!! rasa kari yg best! nasi dia guna nasi jepun tuh. besar2 biji dia dan sedap. couple seblah ktorang amik nasi ni gak, berpeluh bf dia coz tak tahan pedas kot dgn kari tuh. hehehhe.


aku try nasi goreng kampung dia. nice la gak. cumanya tak pedas. huhu. i miss cili padi!! :p


spt bese, teh o aku order coz tak tahan sejuk aih. diorang serve teh boh! yessss!! aku tak lalu teh jepun. huhu.


hihi ini la pelayan tuh. pakai baju kurung tuuuuuuuuuu.. comei jek. bila dia tahu ktorang dr malaysia, dia cuba ckp bahasa malaysia, dia ada belajar skit2. aku kata bagus kat dia, senyum melerek aih:D


hihi siap letak bendera malaysia. cayalah!! masa pulangkan baki dia cuba sebut dalam bahasa malaysia nilai baki tu. hahahaha comei2. aku tak sempat nk snap pelayan lelaki berbaju melayu. oh ye, confirm halal! telah diconfirmkan oleh antara tuan yg empunya restoren itu sendrik iaitu org melayu malaysia ler. alhamdulillah:D

so kt situlah ktorang melantak sepanjang kt tokyo, restauran halal lain ada tapi ktorang tak terpikir nk g plak. lgpun kena support produk malaysia kan kan kan:D.
kalo rasa nk jenguk2 harga n menu dia sila lawat website dia nih Jom Makan Tokyo, Japan. Kalau dh mkn tuh, toksah2 la nk convert brape harga dia yek:p yg penting aku kenyang.. hahahahaha:p

antara kejadian2 yg agak menarik berlaku kt restoran tuh ialah bila org jepun buat teh tarik! hihihi. kagum oooo.. siap tarikkk tuh. customer japan pun sume kagum. tp cara dia tarik tuh xde le sebest mamak2 kt malaysia buat:p. hehe. tukang masak dia org bangladesh, ktorang ingatkan org melayu, sesedap jek ktorang ckp melayu ngan dia. terpinga2 chef tuh sbb tak faham. hahahaha. :))


lepas lunch, sbbkan dh ada tenaga ktorang smbung jalan lagi. pegi akihabara smula. survey digicam laks. eka nk beli. hihihi. lgpun kamera aku asyik sangkut jek. nyaris2 aku beli lens kt sana, nasib la tak jumpe stok. lega tuiiiii! hehehe. salesgirls kt atas ni orang china tau. mostly staff kt situ semua warga asing, last time aku byk jumpe staff jepun. hmm confuse plak. pastu staff pengurus dia orang indonesia tau! hohohoho. takde lak aku jumpe orang malaysia kt situ. they all bekas student kt japan, then terus proceed kerja kt japan.

so itu lah yg berlaku pada hari kedua kami di tokyo jepun. hari ketiga pula ktorang g mana yek?? hehehe tunggulah update seterusnya. insyaAllah i'll try my best utk siapkan by this week. till then take care ye my dear readers!!!:D *huh ada ker:p*



May 2, 2009

29 Mac 2009

*Dear reader, sorry sesangat sbb aku lama tak update blog. jgn mare ye ah mek :p
yep aku mmg agak kurang konsisten.. huhuhu. so harap2 hari ini aku berjaya mengupdate mengenai trip di Tokyo pada hari yg kedua.
Pergh jauh betul gap dari hari yang pertama. hehehe. Maaf sesangat!! v(^_^)*


Harap-harap memori aku masih dapat mengimbas kembali saat-saat mematahkan kaki di tokyo. Hehe. Berkat setiap langkah dan setiap ketika aku mengetik kamera. Nasib baik ada gambar2 tuh. Kalau tak sure tak ingat kot. Yep, aku mengalami sindrom penyakit kurang daya ingatan. huhu.

Second day di tokyo. Kitorang berjalan-jalan di  Kokyo Gaien National Garden. Ermmm apa yg menarik sangat kt taman ini yek. Sila baca sampai kebawah la ye.. :p



Nampak kat hujung tuh? Yep, itulah Imperial Palace. Banyak btul tourist kan? Tapi ktorang takde la terus menuju ke sana.


Yours truly.. ala2 mcm nk g Nanko Rest House je la gayanya.


Eka pose kt depan batu. Saje jek aku suruh dia duk situ. Aku mcm kagum jek kt batu2 besar tuh. Camne la dia angkat benda tu ek. Sure guna kren. Apa fungsi dia? Ermmm.. entah! heheheh


Ini le destinasi yg dituju. See the crowd? Masing2 terpesona dengan monumen tu. Ktorang bg peluang diorang memenuhkan kawasan tu. So apa yg ktorang buat??


Ngeh..:D melepak sambil minum kopi! Hihihihi. Lepak la weh.. free and easy.. so sesukati ktorang la brape jam ktorang nk lepak kt situ. Btw, aku suka gila cuaca dia. Nampak mcm panas kan? Tapi sejuk oooo (yep, aku mmg tak tahan sejuk). Sesambil tu aku memandang keliling.


Tourist sibuk mengambil gambar monumen itu. Ala2 tugu negara la plak kan kan! (seriusly, tugu negara aku belum smpai lg!! ye, jgn mare aku yek:p)


Huhu macho kan statue nih?? Ini adalah statue Kusunoki Masashige. Sape dia nih? Seorang samurai yang diperingati sebagai seorang samurai yang setia. Maklumat lanjut baca kt sini yek http://en.wikipedia.org/wiki/Kusunoki_Masashige.


Wowzie.. see the crowd? Mostly daripada negara asia. Diorang dtg dengan tourist guide.



Aku suka gila lanskap garden nih. Bersih Gila!!! susah tul nk jumpe sampah. Udara yang segar.. sejuk.. nyaman.. and so on.. eceh...:p


Sesambil jenjalan aku ternampak pemandangan ini. Huhu.. Tetiba aku teringin nk tido cemtu. Huhu. sure best!! pastu sure gambar aku tido byk online di merata dunia. hahahahha:))



Haa ini yg lain tau. Bukan org yg sama. Terpikir gak aku, diorang ini takde rumah ke? Oh ye.. waktu tu jam pukul 10 - 11 pagi. Nampak mcm panas kan? Tapi sejuk tau, tu yg memasing bertutup sakan tuh. Ish kalau malam camne ek?? Sejukk ooooooooooo!!!! Aku tak leh bayangkan camne diorang bleh tido cemtu pada waktu malam.


Homeless.. huhu kesian kan?? Last year aku pergi japan, aku tak jumpe pemandangan mcm ini. Tapi kali ini sbb kami byk berjalan sendiri dan lalu kawasan yg jarang2 dilalui oleh tourist, aku byk terserempak dengan suasana cemni. The best part is, walaupun diorang homeless dan tak punya kerja they all buat kerja pungut barang2 mcm tin dan botol yg boleh dijual semula. They all tak minta sedekah ok!!! Itu yg diberitahu oleh mmber aku la. Dia pernah study di jepun dan duduk kt sana skang ini.


Seriusly, aku teringin nk try pakai kasut roda tuh (erk nama dia kasut roda ke? ). Garden ini ditutup utk laluan kenderaan. Yang dibenarkan hanyalah basikal. Aunty kt tetengah tu tengah jogging tauuuuuu.. Huhu jeles!!


Crowd semua menuju ke Imperial Palace. Tuh kat atas tu la. Bleh ke ek naik atas tuh??


Aisey, tak bleh le. Ini la spot last yg bleh tourist smpai. (eh kt Istana Negara pun smpai kt pintu gerbang je kan kan? ye, aku tak smpai sana pun lg. hihihihi :D)


The nearest zoom aku leh capai dek kamera ku. Nice kan lanskap dan senibina dia??


Kat taman ni ada 2000 pokok Japanese Black Pine. Oh lupe nk mention, garden ni kedudukan dia kt tetengah bandaraya Tokyo. Building kt belakang tu antara beribu-ribu bangunan yg ada di tokyo. Bangunan apa? Jangan tanya coz aku tak tahu :p


Hihi sakura2! Aku suka spring! Oh aku bukan minah bunga ye. Tapi aku suka suasana spring. Aku rasa segar dan nyaman sentiasa. Eceh, mcm iklan gula2 la plak. Hahaha.


Ok jgn komen apa2 ye :p


Kat dalam tu ada taman lagi. Hihi. And more sakura. Tapi ktorang tak pergi pun coz tak larat. Huhu, sure korang pelik kan pegi jejauh tapi asyik tak larat jek. Haaa.. apa kata korang lak dtg, tgk larat ke tak larat berjalan :p hehehe jgn mare:p

Oh kt sini ktorang terserempak dengan geng dari singapore. A girl and 2 guys, diorang rakan sekerja. sesaje bercuti ke japan. 2 minggu diorang kt japan dah. Sebelum itu diorang jenjalan ke hokaido. huyoooooooo.. cayalah!! lupe nk tanya diorang jenjalan sendirik or under group trip. tgk gaye mcm sendiri2 jek.

So itu jela utk hari kedua. Ha!!? kt situ jek.. takkan balik hotel pastu kot, huhu rugi oiiiiiiiiiiiiiiii.. ngeh ngeh :D sebnonyer byk lg aku nk cerita. ini baru half day utk hari kedua. Tunggu next post la yek:p ngeh ngeh.. jgn mare :p

ps: kalau lmbt post utk next half second day trip tu.. sesabau la yekkkkkkkkkkkkk hihihihi...

to be continueeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee v(^_^)