Dec 1, 2008

Al-fatihah

Pagi semalam aku terjaga dari tidur. Seperti biasa alarm handset mengejutkan aku. Aku dapati satu msg dr abg,

"Acik meninggal pagi ini."

Innalillahiwainnailaihirojiun...

Aku terkedu sejenak. Berdasarkan masa yg abg aku msg waktu itu pukul 3am. Aku teringat kembali saat arwah kakak aku meninggal. Dalam lingkuangan waktu itu juga.

Kali terakhir aku jumpe arwah acik masa tu dia baru lepas operation major. Keadaan dia waktu itu stabil dan dalam sedar. Dia kelihatan sihat. Dia masih ingat aku n kakak aku. Syahdu aku melihat keadaan dia waktu itu. Hanya tuhan saja yg tahu betapa sayunya aku.

Kebanyakan org mungkin lihat aku berkeadaan bersahaja bile menghadapi sesuatu. Tapi dlm hati hanya tuhan sahaja yg tahu. Ya, biar tuhan saja yg tahu.

Arwah acik dan juga kakak aku meninggal akibat barah payu dara. Melihat keadaan org yg hadapi penyakit ini amat menyayat hati. pedih. pilu. Pilu melihat kepayahan mereka melalui segala macam rawatan. Pilu melihat bagaimana dari hari ke hari rambut mereka gugur akibat kesan rawatan. Pilu melihat keadaan mereka yg terbaring lesu. Ya Allah sesungguhnya aku tak mampu meneruskan ayat yg selanjutnya..

Ya Allah, moga kau tempatkan arwah acik di bawah lembayung rahmatmu. Ampunkan segala salah dan kekurangannya dalam sepanjang hayatnya. Moga kau tempatkan arwah dalam golongan orang2 yg beriman. Amin, ya rabbal alamin.

No comments: