Apr 14, 2019

2019.. the beginning



سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (Bismillahirrahmanirrahim)





It's already April 2019...
I know its kinda late..but still its not too late to blog it. Selamat tinggal Kuala Lumpur dan I am back Muo!! Selama-lamanya. Amin.

Already start moving back since late Januari 2019. Totally settle down
Kat Muo,  Februari 2019. I left my good salary job with no regret. I feel great actually. People keep asking me why... and why I need to leave. What I can only say is, i just need to. And it’s about time I need to go. Home sweet home bebeh:)

Alhamdulillah, first thing first is set up my own room. Yeah i don't hv my own room. Most of the time when I am back hometown, i sleep at my sister room or in the living room. I am fine with it. But I move back with all my personal stuff, of coz I need my own room! :D Since back, i already rearrange the room twice! Haha . Yes, I am easily bored with the same arrangement.

So what is my plan next... Will try to keep it up posted later. Wish me all the best. Amin ya rabbal alamin :)






Mar 18, 2013

3 tahun berlalu

Assalammualaikum.

Menghitung hari utk kembali ke negara matahari terbit. Kali ini menuju ke osaka-hiroshima.

Alhamdulillah. Semoga allah permudahkan.

😄

May 3, 2012

Instagram dalam blogger?

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

assalammualaikum.

tetiba pg ni aku terpikir.. eh boleh ke gegambo instagram display dan update terus ke blogger?
sure berhias skit zerosixteen ni. almaklumle, mood nk edit gambo diparas -ve. guna instagram kan senang? touch-touch dh lawo. 

Segalanya pasti boleh!! google punye google ada rupanya.. guna snapwidget. key in apa2 yg patut. pastu tempek kt gadget html. siap!! ingatkan gegambo latest x update. 10 kali refresh baru update. biasala... server diorang pun sure amik masa gk nk update. keke.

anyway, sy berpuashati. pasti xyah la sesusah nk edit gambo. instagram kan ada?!

peace v^^

Apr 24, 2012

Blogger upgraded sudah??

Assalammualaikum

setelah sekian lama. hari ini baru ada hati utk jenguk blogger yg sekian lama x update.
sungguh aku baru prasan, interface blogger dh berubah. dashboard pun dh berubah!
wah sgt cantek ok.
I LIKE.

rasa bersemangat plak nk update blog.
tapi.. tapi..
nk update pasal apa ye??

hmmm byk perkara berlaku dlm kehidupan aku.
antara mahu atau tidak je utk aku kongsi disini.

aku masih suka tgkap gambar...
..... tapi segalanya tersimpan dlm laptop!
aku masih suka jalan2 cari mkn...
..... tapi semakin kurang nikmatnya kerana faktor usia mungkin!
aku masih suka travel...
..... tapi aku semacam tak dapat nk kongsikan disini!

kdg2 alasan mood utk update xde yg sering aku bagi.
haish... itu bukan alasan.

agaknya niat tu tak berapa betul. sbb itu segalanya menjadi alasan.

Allahuakbar.



Jan 22, 2012

Jan 12, 2012

Jauh.

Dihujung butir tersisip zarah.
Secara zahir mata tidak kau muncul.
Secara mata hati kau pasti ada disitu.
Yakinkan diri. Pujukkan hati.
Kau ada disitu.

Jan 7, 2012

Inspirasi drpd ost glory jane, nyanyian hyorin sistar.

Jan 1, 2012

Assalammualaikum 2012

Screencap 1.1.2012.
Tetiba aku terasa nak abadikan screencap kt zero2sixteen utk hari ini.
Kalendar tarikh 1 hb akan sentiasa wujud sejak azali bg setiap bulan masihi.
Tapi bg tarikh 1.1.2012, hanya sekali bg seumur hidup.
Ini mengingatkan diri aku, hargai setiap detik yg berlalu.
Menyedarkan aku kembali objektif sebenar zero2sixteen.
Bismillahirrahmanirrahim. :)

Dec 28, 2011

Dec 27, 2011

Kencang

Semalam, otw balik ke kl sepanjg higway angin bertiup kencang luar biasa.
Kereta comel aku melayang tak ingat dunia. Huhu 😱
Bygkan pokok kelapa sawit bleh melentok mcm gitu skali.
Ngeri ok!
Alhamdulillah la, tak hujan. Kalo idak lagi azab kot sibuaatnye huhu.

Dec 22, 2011

Nyampasss!!

Pagi2 lg dh bagi edaran darah aku menggelegak.

Itu la nasib bkerja bawah org yg tak mahu ambil tahu tugas anak buah. Yg dia tahu, bg arahan dlm telefon, xmau lgsung turun padang tgk keadaan. Dan yg paling aku tak puashati, x percaya dgn anak buah!

Bile kita bg penerangan, manjang kata OK. Ingatkan paham. Rupanya tak!

Nasib badan...



Hidup

Cuba teka, cambahan benih dari pokok apa berdasarkan gambar yg aku letak ni.

Ini hasil eksperimen biji benih yg aku dpt setiap kali aku beli sayur atau buah.

Asal ada biji benih, aku terasa syg nk buang. Agak2 kalo campak atas tanah, hidup ke tak ye?

Dan inilah hasilnya. Hasil drpd biji benih labu kuning. Ada 2 pasu sebenarnya. 1 pasu nnt aku nk bawa balik kampung. Harap2 panjang la hayatnya. Amin. ✌😊

Dec 20, 2011

Update dr ios 5

Assalammualaikum.

Kabare. Saje test update blog dr ios 5. Harap2 menarik mata memandang.

Sungguh maap sbb lama x update blog.
Huhuhu.

Oct 11, 2011

Sep 16, 2011

Sep 9, 2011


Aug 18, 2011

Iman Mutiara


Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau berentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

Jika tidak kembali pada Allah

_______________________________________________________

Ya Allah, tetapkan lah iman ku Ya Allah.

Setiap kali solat, bait2 itu lah antara yg tak pernah lekang aku pohon pada Allah.

Lirik kt atas adalah daripada lagu nasyid kumpulan Raihan.
All time faveret kumpulan nasyid yg aku dengar.
Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.
Tiap kali dengar, tiap kali la hati aku tersentuh bila dengar nasyid nih.
Mula la mata bergenang penuh keinsafan.

AllahuAkbar!


Aug 5, 2011

SoNyuh ShiDae?


Aku teringat masa awal-awal dulu eka ajak aku join trip ke Korea Selatan. Tapi aku tak pernah terlintas pun nk ke sana. Watpe nk g sana? Apa je la yg ada kt sana?

Rata-rata org melancong ke Korea Selatan sebab terpengaruh dgn lanskap dan keindahan latar belakang dalam drama-drama korea yang sejak 4 atau 5 tahun lepas mule mengambil tempat dihati para penggemar drama bersiri. Aku suka gk tgk drama korea nih. 1st drama korea yg aku layan adalah Winter Sonata! keke smpaikan wallpaper pc pun berlatarbelakangkan winter sonata ok! keke. lawak jek.

Walau minat mcm mana sekalipun, idak la aku teringin sangat nk g korea nu.
Tapi2... last year aku jejak gak Korea Selatan! kekekekkekeke. adui la... ha ni sbb apa nih.. sila2 jawap!

sbbnya: SONYUH SHIDAE @ SNSD @ Girls' Generation.

eh, g konsert diorang ke? ish idaknyer!
dpt join showcase diorang? sungguh la tidak!
abis tu sbb pe?

Jawapannya simple jek. walaupun tak berpeluang join konsert atau apa2 aktiviti yg melibatkan sonyuh shidae, dapat rasa persekitaran dan keadaan bumi korea selatan sudah cukup bg aku. aku nk tau org korea ni mcm mana, etika diorang, adakah persekitaran sama seperti yg digambarkan dlm drama2 korea itu sendiri. apa yg penting, dapat jejakkan kaki di atas bumi yg sama dgn SNSD. sangat klise gitu! wakakkakakaka.

Ye aku adalah SONE (nama peminat tegar snsd). malunya nk ngaku.. lari............

Tapi2.. kalo dpt jumpe diorang lagi la best! kan kan! Eleh.. temberang la tu. beruntung sgt la kalo dpt jumpe pun dan sungguh la sgt mustahil ok!. artis malaysia pun jarang jumpe, inikan SNSD. toksah berangan OK!

Ok sebagai SONE, antara lokasi yg wajib pegi adalah SPAO kt myeong-dong. actually otw je tu ke teather show NANTA COOKIN (wajib tgk, mmg best!). so sebelum tu singgah la jap SPAO, beli ole2 SNSD skeeettttt, skit la sgt tuh. keke.

Tgh dok pilih barang2, aku prasan apsal ramai sgt org berkumpul nih.. pastu masing kuarkan HP dihalakan ke satu arah. Bila aku tgk ke arah tu, mcm org glamer. eh artis ke? sape ek? setelah aku join ramai2 tu baru aku prasan. mereka adalah SNSD! bukan 9 org, 3 org jek.. mereka2 adalah.... Yoona, Soo Young dan SeoHyun! OMG OMG OMG OMG!

Tetiba aku blank! Terkedu skejap! Tak tau nk buat apa. Just tesengih dan tercengang. Bila aku ingat2 semula mcm org bodo pun ada. Adoi la lawak. Setelah 10 saat terkedu, baru teringat kamera dlm poket terus kuarkan. Terus snap! snap kedua jek, manager diorang dtg dekat aku. ALAMAK!

Aku bleh tak lupe manager tuh, kalo sape pnah rajin tgk video fancam snsd, manager yg rendang2 dan pakai spek. haa dia la tuh.. kekeke. buat gabra tul la manager tuh. ingatkan dia nk rampas kamera tu. oh tidak.... rupanya dia dtg dekat terus kata, delete please! heeeeee.. mamarazi yg sangat fail ok! kekekekke. seblum delete sempat gk aku tgk dulu gambo tu sambil manager tu perhati skali. keke. aisey gambo mmg tak cantik pun. huhu. terpaksa la delete. huhu.

Lepas delete aku terus g kaunter nk bayar brg. sebab show NANTA hampir start. kang terlepas plak. masa nk bayar tu.. Diorang lalu depan aku, sempat ketiga-tiga tu perhatikan aku macam org pelik. sbb apa tau.. aku dok berdiri tersengih mcm kerang busuk kt situ. sbb terkedu. wakakakkaka. dan serius, aku tak ingat rupa diorang mcm mana masa tu. sbb aku blank! adoila.... senget betul!.

Heee, itu la alkisahnya. Macam entah hape2 kan. Maaf la ye, sbb ini pengalaman pertama seumur hidup aku berminat dgn idol korea nih. Tak pernah terlintas pun melibatkan diri smpai mcm ni sekali. Agak2 aku kena pukau kot lepas dengor lagu Genie. kekekekke.

Aku ni peminat anime japan, pernah gk terlintas kalo ada anime yg betul2 real hidup pergh mesti menarik. dan sape sangka SNSD la anime itu. anime dalam hidup zero2sixteen. :D

Oh lupe nk bgtau.. hari ini Ulang Tahun SNSD yang 4!!

Happy 4th Anniversary Girls' Generation!

Unnie fan will always support u!

lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. malu aih

Aug 1, 2011