Oct 15, 2008

Ya Allah - kau permudahkanlah...



minggu ini aku rasa diri aku mcm tak menentu. segala benda yg aku buat rasa seperti mcm ada yg tak kena. akal aku bagaikan cuma membentak menutup segala motivasi yg ada utk aku meneruskan sesuatu. wahai akal, berilah aku sebab mengapa? adakah hati yg punya angkara? kenapa perlu kau ikut kata hati sedangkan kau yg lebih bijak memutuskannya.

bila akal tidak dapat berfungsi utk berfikir aku pasti ada sesuatu yg tidak kena.
sesuatu itulah yg aku slalu risaukan.
kerana sesuatu itulah yg selalunya perkara buruk pasti akan berlaku.

tahyul? mungkin..
karut? eh bukankah ia sinonim dengan tahyul.
yg pasti kalau ia bakal berlaku, mmg itu sudah ketentuanNya.
siapa aku untuk menolak takdir yg telah ditentukan oleh-Nya.



Oct 10, 2008

Think Pink

|
October is Breast Cancer Awareness Month



Pagi ni aku cuci mata kt flickr seperti biasa. Terpandang gambar diatas bertajuk Think Pink. Mcm ku kenai jek pink ribbon tuh. Oh yaa.. khas utk breast cancer. Setiap bulan 10 rupanya. Hihi baru aku tahu. So sempena bulan oktober ini akan ku hias blog aku dgn warna pink. Hihihi.. dari hijau ke pink. Sesekali bertukar suasana apa salahnya kan kan kan. hehe.

Photo tu simple jek. Tapi aku suka, thanks to adik dila yg cukup berbakat dan kreatif dlm photography nih. Dia ada sentuhan kreatif yg jarang2 org lain ada. Dengan permission dia aku dpt la letakkan photo tu dlm blog dan plurk profile aku. kalo nk jenguk2 flikcr dia.. klik kt sini .

Cancer.. hmm penyakit yg belum ada penawarnya. kalau ada sekalipun, sekadar sbg penawar sementara waktu sahaja. Ajal maut semuanya ditangan tuhan. Kita manusia hanya mampu berusaha dan berdoa pada-Nya.



Photo diatas aku ambil sewaktu perjalanan pulang selepas melawat pusara arwah kakak dan arwah anak sedara. Breast cancer penyebab pemergian arwah kakak. Al-fatihah, semoga roh meraka ditempat dlm golongan org2 yg beriman. Amin.